Rabu, 28 November 2012

Hijrah: Coming Soon #2

Dengan nama Allah...




... And the countdown officially begins!

Tik tok tik tok.

Biiznillah. Innamal a'malu binniyat.


Isnin, 26 November 2012

Hijrah: Coming Soon

Dengan nama Allah yang telah menciptakan langit dan bumi!


Lagu tema untuk perjalanan hidup yang baru.

Allahu Allah. Hijrah demi Allah dan Rasul yang dicintai sepenuh hati. Hijrah diri dan hijrah hati. Semoga saya berpegang pada innamal a'malu binniyat.

Semoga masyarakat, sahabat-sahabat, keluarga, ibu ayah, Nabi S.A.W. dan Allah Taala, redha akan penghijrahan saya. Amiin.

He's always there for you. Allahu Allah! *sebak*



Umar Al-Khatab R.A.:
Nabi Muhammad S.A.W. berpesan; Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat dan bagi setiap sesuatu itu apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah (bermusafir) kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasul-Nya dan sesiapa yang berhijrah kepada kenikmatan dunia ataupun kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang diinginkan. (Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah R.A.:
Nabi Muhammad S.A.W. berkata; Sesiapa yang menempuh jalan (bermusafir) dalam mencari ilmu, pasti Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Muslim)

Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah;
Keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga. Bermusafirlah kerana bagi musafir itu lima kelebihan; Terlepas daripada kerumitan, dapat meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, berpengetahuan luas tentang adab dan budaya, serta mendapat ramai kenalan.


New dimension from Nana is 7. Hijrah. Insha-Allah taala amiin.

COMING SOON.

Rabu, 21 November 2012

Masa depan? Argh blur!

Dengan nama Allah...


Seorang sahabat lama baru sahaja mengatakan bahawa dia sangat blur dengan masa depan.


Saya, dengan yakinnya berkata; "Dulu aku pun sama. Tapi sekarang dah lebih jelas!"

Bila sahabat itu meminta saya berkongsi, saya tiba-tiba malu.

Saya pun baru saja lebih jelas dengan perancangan masa depan saya sendiri. Puji-pujian buat Tuhan kerana telah meletakkan beberapa jalan dan kemudiannya memudahkan perjalanannya. Saya sendiri malu pada Tuhan kerana saya sedar betapa saya sangat kurang mengingati-Nya tetapi Dia tidak pernah melupakan saya.

Mula-mula dibentangkan pilihan depan mata, saya sangat-sangat keliru. Nak pilih jalan yang mana dan bagaimana. Alhamdulillah, saya sudah semakin 'nampak' masa depan saya. Ini juga berkat perbincangan dengan ayahanda bonda saya yang selalu saja menyokong segala cita-cita saya walaupun kebanyakan daripadanya saya sendiri terasa mementingkan diri dan agak karut-marut pada pandangan manusia biasa (biasa, bukan biasa-biasa yang luar biasa! haha).

Syukur juga, Allah telah menyampaikan seorang manusia yang tiba-tiba banyak mempengaruhi visi masa depan saya. Serius, tiba-tiba. Bila saya tak meminta. Mungkin, Allah menyampaikan jawapan kepada du'a-du'a saya tentang masa depan melalui manusia ini.

Anggap sahaja manusia ini sebagai sahabat saya. Sahabat saya ini, apabila berkata-kata, buat saya berfikir-fikir sekaligus membantu saya dalam 'melihat' masa depan.

Sahabat-sahabat saya yang lain juga sangat banyak memainkan peranan. Setakat ini, tidak ada yang menolak visi dan misi masa depan saya.


Saya, sudah tidak sabar-sabar lagi memulakan masa depan.


Eh, sebenarnya saya sudah lama mula.

Hai masa depan, how are you?


The truth is, at the age like this, you have no time to waste! Your end might be just around the corner. So let's begin now rather than later. It's either now, or never.

Nak saya share bagaimana saya jelaskan pandangan kabur saya tentang masa depan?

Tulis!
Setakat dalam hati dan kepala, kita susah nak buat comparison and judgement. Maka susah nak nampak hala tuju.

Dan paling penting, du'a! Kita rancang, Allah pun rancang. So? Du'a!


And please pray for Gaza. It's our future as well!








Sabtu, 17 November 2012

Bila menteri saya nak masuk Gaza?

Dengan nama Allah...



Menteri Mesir & Tunisia dah masuk.

Saya tunggu menteri saya pula.

Kata seorang mujahid di Gaza;
This is the right time to come to Palestine!

Pergh. Menangis tersedu-sedan para perindu syahid.

Memang le rasa gerun dengan bom segala bagai tu. Berdegup kencang jantung ni kot bila bayangkan badan sendiri hancur lebur. Bayangkan pula keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan?

Tapi...

T_T

Jumaat, 16 November 2012

Israel vs Palestin? [15 Nov 2012]

In the name of Allah!




Make us strong ya Allah!

Perhimpunan Aman untuk Gaza 16 November 2012

Dengan nama Allah...


I have nothing much to say.


Seriously.

Speechless.


Jemput pergi, atau mula tembak du'a banyak-banyak sekarang.



Kita memang tahu pada akhirnya kemenangan pasti di pihak Islam apabila dunia tamat nyawanya.
Tapi itu tak bermakna kita tak perlu usaha dan sekadar tawakal, bukan?

Gaza means something to us Muslim.
A special something.

Saya sedih dengan diri sendiri apabila selalu lalai dan mengambil mudah.

Sempena tahun baru, jom perlahan-lahan meningkatkan kecintaan kepada saudara-saudara Islam kita.
Yang sedang bahagia, mahupun yang telah lama terseksa.


Semoga Allah redha.

Aku cinta kalian, kerana Allah taala!

Khamis, 15 November 2012

Tahun baru 1434 hijriah!

Dengan nama Allah...


Tahun baru.


Selamat tahun baru eh!


Saya akan tempuh alam baru tidak lama lagi.

Tahun baru hijriah, gigih buat persiapan.

Tahun baru masihi, mula perjalanan.



Semoga Dia redha.

Dan saya harap dia juga.


Tolong jangan penat tunggu saya.

Jumaat, 9 November 2012

Hujan? Hujan!

Dengan nama Allah...


Hujan.


"Moga mereka penduduk langit dan bumi mendu'akan kalian setiap detik."

Amiin.

Ketika hujan sungguh-sungguh lebat petang ini, seorang insan mendu'akan saya. Ya, ketika ini.

Amiin ya Rabb!




Sabtu yang lalu.

Air yang turun dari langit saling tak tumpah keadaannya seperti sekarang. Lebat, sungguh-sungguh, melimpah-ruah. Sejuk.

Saya selesai melaksanakan amanah, berpenat-lelah paling kritikal seminggu itu dengan kurang tidur dan kurang rehat. Saya, merenung wajah-wajah mereka yang saya kasihi sepenuh jiwa sepanjang hari itu. Mengharapkan mereka faham bahawa saya di situ kerana Allah, dan kerana mereka.

Aku cinta kalian kerana Allah!

Hujan sekitar zohor hari itu, buat saya mengucap panjang.

Hujan?


Nikmat apa yang Allah sedang kurniakan?


Selesai amanah hari itu, saya keluar dan berjalan sendiri. Allah Allah. Ini waktu perpisahan. Wajah-wajah mereka tidak akan dapat saya tatap seperti sepanjang minggu itu. Setiap hari. Saya akan kembali ke rutin asal, mendu'akan mereka dari jauh. Dari jauh.

Hujan lebat.

Tiba-tiba saya berhenti berjalan dan menghayati hujan sungguh-sungguh.

Eh, dah lama benar tak menghayati hujan kan?


Perasaan saya sudah seperti hujan. Walaupun nampak sedih, tapi sebenarnya tenang dan sejuk. Allahu Allah.

Nikmat apa lagi yang nak saya dustakan?


Mula-mula saya mendongak ke langit, lihat awan muntahkan air. Kemudian saya lihat air yang jatuh itu, berebut-rebut mencecah bumi. Tanpa henti dan segan-silu. Saya lihat pula air mengalir di atas bumi, bersatu dengan yang sudi dan mengalir lagi mencari lain kalau tak diterima. Indah sekali aturan Allah Taala!

Lantas saya tersenyum seorang.


Lama juga saya menekuni hujan rahmat Sabtu itu.

Kan indah, kalau orang lain juga faham isi hati saya? Macam hujan?

Saya tidak perlukan manusia memujuk keresahan saya. Allah menghadiahkan hujan selebat itu buat saya! Ajaib. Orang lain mungkin mengeluh susah menghadapi hujan, tetapi saya bersyukur Dia menurunkan hujan buat saya Sabtu itu. Penuh ibrah!

Semua rasa letih, mengantuk, lapar, sakit, lenyap sekelip mata!

Hujan?


Kerana du'a ketika hujan turun itu juga mustajab.


Perkenankanlah ya Tuhan sekalian alam!

Berkati kami dan keputusan kami!

Jumaat terakhir tahun ini! Bakal sambut tahun baru. Masha-Allah. Alhamdulillah.

Hujan!


"Jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat!"

Khamis, 8 November 2012

Mad'u bukan madu!

Dengan nama Allah...


Tiba-tiba, saya merasa kejam terhadap seorang manusia.


Saya harap beliau sabar melayan kerenah saya.


Kerana saya seorang mad'u yang sungguh-sungguh sukar ditangani.


Kalau nak yang manis, cari madu bukan mad'u.
Dan saya macam tak rela dimadukan. (Tetiba! Heh.)



Hah tengok. Saya buat perangai lagi. Haish. -__-"

Rabu, 7 November 2012

"Bila Teacher nak datang lagi?"

Dengan nama Allah...



"Teacher, kenapa Teacher dah lama tak datang?"

Saya menelan sabar.

"Errrr... Sebab, Teacher kena duduk rumah."

Terkebil-kebil matanya memandang saya penuh tanda tanya.

"Kenapa?"

Saya menahan perasaan lagi.

"Sebab, Teacher kena jaga ayah Teacher. Teacher kena jaga keluarga Teacher."

Saya cuba tersenyum semanis mungkin, walaupun hati saya saat menjawab persoalan naifnya itu sedang berkecamuk. Bercampur-baur dalam jiwa saya.

"Ayah Teacher demam ye?"

Saya usap kepalanya, sambil menahan sesuatu daripada keluar melalui mata saya yang kuyu ketika itu.

"Yes, because we have to take care of our family, right?"

Dia tersenyum. Entahkan tanda setuju dengan kata akhir saya, atau tanda puas hati soalannya telah saya jawab, atau tanda suka diusap kepalanya. Allahu Allah, anak ini menggetarkan jiwa saya.


Saya tiba-tiba teringat peristiwa kurang lebih lima bulan yang lalu.

Sayu.


Saya mengemas ruang kerja saya dengan hati yang cukup terluka. Saya cuba membayangkan bagaimana Ibrahim A.S. menjadi kuat untuk mengorbankan seorang manusia bernyawa yang dekat dengan hatinya, yang sebenarnya telah ditunggu-tunggu sekian lama sehingga umurnya mencecah 80 tahun. Allah akhirnya mengurniakan permata hati itu, tetapi diuji pula dengan perintah menyembelih manusia kesayangannya itu.

Redha.

Saya?

Saya mengemas secepat yang mungkin. Saya mahu mengelak bertemu 'ahli-ahli keluarga' saya di situ supaya mata saya tidakkan berair di hadapan mereka. Allah!

Selesai mengemas seadanya, saya langsung laju meninggalkan ruang pejabat saya dan menuju ke kereta. Masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin lalu pantas meluncur pergi.

Akhirnya?

Saya menangis seorang diri sepanjang perjalanan. Semahunya.


Ya Allah, adakah ini sebenarnya keputusan yang paling tepat buat saya? Saya langsung tidak beristikharah. Sebaliknya membuat keputusan secara tergesa-gesa setelah berlaku satu-dua peristiwa yang memerlukan keputusan segera dibuat. Saya telah lama berkira-kira untuk meninggalkan apa yang telah saya tinggalkan ini, sejak awal tahun. Tetapi memberi masa sekitar enam bulan untuk diri sendiri membuat persediaan. Tetapi akhirnya saya meletakkan keputusan sebelum sampai waktunya.

Betapa terlukanya saya, hanya Tuhan yang tahu.

Saya tidak ingin mengungkit, kerana kenyataannya keputusan itu saya sendiri yang melafazkannya. Saya tahu saya perlu redha tetapi sehingga sekarang saya masih terkilan.

Allah!


Dua-tiga hari yang lalu apabila Allah sempatkan saya bersama 'keluarga' saya itu, terasa benar di hati saya betapa saya telah meninggalkan sesuatu yang amat saya cintai.

Mereka masih menghargai saya. Mereka masih mahu mendengar kata-kata saya. Mereka masih memandang wajah saya dengan rasa cinta. Mereka masih suka memeluk dan menyebut-nyebut nama saya. Mereka masih mempercayai kebolehan saya memimpin. Mereka masih memerlukan khidmat bakti saya.

Saya cukup terkesan dengan penerimaan mereka.


Saya tinggalkan mereka dengan tiba-tiba, walaupun mereka sebenarnya redha atas pemergian saya yang tidak sempat mereka raikan. Saya sendiri meminta untuk tidak diraikan sebab saya tahu hati saya cukup rapuh. Saya juga sedar diri bahawa siapalah saya untuk terlalu diraikan. Saya terasa begitu kerdil di sisi mereka.


Dulu saya memimpin mereka dengan sangat tegas. Saya menjadi manusia yang terlalu teliti akan hasil kerja mereka. Baik sahabat-sahabat mahupun anak-anak, saya layan dengan ketegasan di sebalik rasa cinta saya terhadap mereka. Saya cukup serius apabila berbicara tentang amanah, kerana amanah itu juga saya anggap sebagai ibadah. Saya selalu menegur kesilapan mereka yang pada hakikatnya kesilapan saya juga. Dan mereka menerima saya seadanya. Allahu Allah!


Hari ini saya terkesan lebih-lebih lagi.


Satu keputusan penting menanti lagi.

Dan saya agak keliru akan jalannya.

Kerana itu saya tidak mahu terburu-buru seperti tempoh hari. Walaupun yang dulu itu adalah keputusan yang mungkin paling tepat untuk saya pada waktu itu, keputusan kali ini saya masih punya sedikit masa.



Pertemuan kembali dengan anak-anak yang saya cintai sepenuh hati membuka kembali hati saya. Membuka mata. Dan membuka minda. Saya harus berpandangan lebih luas dan jauh. Lebih daripada sebelum ini.


Semoga Allah mengurniakan ilham seadanya. Kerana Dia lebih tahu.



Dan kebanyakan mereka yang saya anggap seperti saudara sendiri itu menyedari perubahan pada jari-jemari saya. Pertanyaan mereka tidak pernah saya jawab atas beberapa sebab.

Jadi ini jawapan kiasannya;
Hadiah daripada bonda semasa saya berumur enam belas tahun. Telah lama saya tinggalkan tetapi sejak sekitar seminggu yang lalu saya kembalikan ke tubuh saya, kerana sekarang saya sudah perlu memikirkan hati orang lain selain hati saya sendiri. Dengan meletakkan hadiah itu dekat dengan saya semoga saya selalu ingat hakikat menjaga diri dan hati saya dengan lebih teguh.


"Bila Teacher nak datang lagi?"

"Insha-Allah selalu, kalau mampu."



Allahu rabb!


Semoga pengorbanan yang telah dilangsaikan Engkau terima di hari perhitungan. Ikhlaskanlah perjuangan ini!

Ahad, 4 November 2012

Walk the Talk!

Dengan nama Allah...


Tak tidur berhari-hari. Pinggang sakit. Tengkuk sakit. Kepala pening. Tapak kaki 'burning'. Tekak pedih. And so many bruises on my body!

Dan akhirnya nampak katil?

Awesome!

Tapi... Kalau terbongkang atas katil dengan tak mandi, tak ada wudhuk, tak du'a?

Awful!

Dan... Kalau sampai terlajak tidur sehingga tak solat subuh?

LOSER!

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."

Serius?

Walk the talk!

Kata saya kepada diri sendiri.

T_T Allah Allah!

Jumaat, 2 November 2012

Tak reti-reti

Dengan nama Allah...


Wow. Perasaan tidak tidur untuk hampir empat puluh lapan jam adalah sangat menakjubkan!


Bila terjadi, sudah pasti tiba-tiba terasa tidur itu satu nikmat yang tiada galang gantinya.

Otak ligat mencerna pesanan yang telah lama disampai-sampaikan oleh ramai orang; ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Antaranya; waktu lapang sebelum sempit.


Pergh.

Seronoknya kalau dapat lepak cenggini sekarang! Gah!


Manusia biasa seperti saya, terlalu selalu terlupa. Suka membazir masa. Bila sudah tak ada masa, mula terkial-kial mencari masa. Kadang berlari mengejar sampai semput.

Padan muka. Kata saya kepada diri sendiri.



Yang peliknya, konon masih banyak kerja dan sedang kejar masa.


Ni apa hal ber-blogging ni? GAH! Tak reti-reti nak insaf ke? Istighfar!

That's your problem!

In the name of Allah.


It's just that I want to be myself. Not more, and not less.


Just me.


Me.


Improve? Definitely yes.

Change? Maybe not.

Stay the same? Not really.



Bottom line: I just want to be me, the one who's still struggling in her own battle towards jannah.

You don't like it because of no reason?
Well, that's your problem!

Gah. This is an emotional post I must say. Come on, grow up and be real. Let's focus on the things you have to do, and the people who appreciate you. You need extra energy for these coming few days so don't waste it on something childish, babe. (Read: talking to myself)

Khamis, 1 November 2012

Ujian - Test

Dengan nama Allah...


Gambar daripada Pak Cik Google


Ujian hati dan emosi.

Berat.

Cukup berat.

(Pinjam ayat APG!)

Tambah, ujian fizikal juga.

Cukup-cukup berat!

Dan nak panggil diri sendiri orang beriman, sedangkan tak diuji?

Chillax, okay?

T_T