Dengan nama Allah...
Hujan.
"Moga mereka penduduk langit dan bumi mendu'akan kalian setiap detik."
Amiin.
Ketika hujan sungguh-sungguh lebat petang ini, seorang insan mendu'akan saya. Ya, ketika ini.
Amiin ya Rabb!
Sabtu yang lalu.
Air yang turun dari langit saling tak tumpah keadaannya seperti sekarang. Lebat, sungguh-sungguh, melimpah-ruah. Sejuk.
Saya selesai melaksanakan amanah, berpenat-lelah paling kritikal seminggu itu dengan kurang tidur dan kurang rehat. Saya, merenung wajah-wajah mereka yang saya kasihi sepenuh jiwa sepanjang hari itu. Mengharapkan mereka faham bahawa saya di situ kerana Allah, dan kerana mereka.
Aku cinta kalian kerana Allah!
Hujan sekitar zohor hari itu, buat saya mengucap panjang.
Hujan?
Nikmat apa yang Allah sedang kurniakan?
Selesai amanah hari itu, saya keluar dan berjalan sendiri. Allah Allah. Ini waktu perpisahan. Wajah-wajah mereka tidak akan dapat saya tatap seperti sepanjang minggu itu. Setiap hari. Saya akan kembali ke rutin asal, mendu'akan mereka dari jauh. Dari jauh.
Hujan lebat.
Tiba-tiba saya berhenti berjalan dan menghayati hujan sungguh-sungguh.
Eh, dah lama benar tak menghayati hujan kan?
Perasaan saya sudah seperti hujan. Walaupun nampak sedih, tapi sebenarnya tenang dan sejuk. Allahu Allah.
Nikmat apa lagi yang nak saya dustakan?
Mula-mula saya mendongak ke langit, lihat awan muntahkan air. Kemudian saya lihat air yang jatuh itu, berebut-rebut mencecah bumi. Tanpa henti dan segan-silu. Saya lihat pula air mengalir di atas bumi, bersatu dengan yang sudi dan mengalir lagi mencari lain kalau tak diterima. Indah sekali aturan Allah Taala!
Lantas saya tersenyum seorang.
Lama juga saya menekuni hujan rahmat Sabtu itu.
Kan indah, kalau orang lain juga faham isi hati saya? Macam hujan?
Saya tidak perlukan manusia memujuk keresahan saya. Allah menghadiahkan hujan selebat itu buat saya! Ajaib. Orang lain mungkin mengeluh susah menghadapi hujan, tetapi saya bersyukur Dia menurunkan hujan buat saya Sabtu itu. Penuh ibrah!
Semua rasa letih, mengantuk, lapar, sakit, lenyap sekelip mata!
Hujan?
Kerana du'a ketika hujan turun itu juga mustajab.
Perkenankanlah ya Tuhan sekalian alam!
Berkati kami dan keputusan kami!
Jumaat terakhir tahun ini! Bakal sambut tahun baru. Masha-Allah. Alhamdulillah.
Hujan!
"Jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan