Ahad, 7 Oktober 2012

Faham, tapi.... (Menangis lagi!)

Dengan nama Allah yang telah mengurniakan hati dan seisinya...


Semalam, hampir sepanjang hari 'berkabung'. Tergolek-golek seorang diri di dalam bilik, mengelak-ngelak terkenang yang bukan-bukan.

Rindu Oscar.

Hanya di bilik tidur sendiri, kurang ada memori Oscar. Kerana saya mengharamkan hatta seekor kucing sekalipun di dalam bilik tidur saya. Hanya tiga-empat kali barangkali, Oscar pernah menjelajah bilik tidur saya dan elok terbongkang di atas katil saya.

Lebih 'selamat' rasanya, berkurung bersendirian.

Tidak makan pagi, tidak juga bertengah hari. Hanya makan angin dalam bilik sendiri.

Bodoh sekali barangkali, ya?

Jam empat petang turun ke bawah, mencari air walaupun kurang selera nak menelan. Hey, hidup perlu terus pandang ke depan. Jangan kufur nikmat, tahu?

Ada baki makanan tengah hari yang memang sengaja disimpan buat saya.

Ambil mangkuk cantik dibeli ibu, sepasang sudu garfu berkilau dan tarik kerusi meja makan perlahan-lahan.

Duduk. Nampak Kenit duk terbaring di atas alas kaki. Hai lah Kenit, kamu tak rindu Oscar?

Saya bangun dan duduk bercangkung di sisi Kenit. Kenit seperti biasa, tergolek-golek disapa saya. Mula tergedik-gedik mahu lebih perhatian dengan bunyi-bunyian yang tak macam kucing. Kamu ni, sebenarnya kucing atau burung? Tak bunyi meow pun. Macam burung!

Mulalah air mata bergenang.

Ah sudah. Ni yang malas ni. Dah kata dah tadi jangan keluar bilik. Kan dah nangis....

(-_-)

"Kenit... Rindu Oscar lah... Kenit tak rindu Oscar?"

Air mata dah bercucuran mengalahkan orang mati suami.

Allah Allah.

Saya bangun dan menjenguk luar tingkap. Ternampak tanah bekas kuburan Oscar di tepi jendela dapur. Makin berlinang air mata.

Hanya kerana seekor kucing.

Cepat-cepat saya sapu air mata di wajah kusam saya. Walaupun hakikatnya tak berguna sebab air mata masih lagi berderai-derai. Saya duduk kembali di meja makan dan menyenduk apa yang ada ke dalam mangkuk.

Sambil makan, sambil menangis.

Tragisnya.

"Jangan kufur nikmat, hai diri. Janngan kufur nikmat. Allah beri makanan ini, Allah beri nafas. Allah beri hikmah. Jangan kufur nikmat. Makan betul-betul. Kasi kuat badan, untuk sambung hidup sebagai ibadah."

Kata saya kepada diri sendiri.

Kalau tadi menangis rindukan kucing gemok yang dah sepuluh tahun bersama, sekarang menangis rindukan dia bercampur malu dengan Allah.

"Come on lah, Allah kasi can macam-macam ni. Kau nak nangis seorang macam ni sampai bila?"

Kata saya lagi kepada diri sendiri.

Makan punya makan punya makan, walaupun tak kenyang, saya berhenti. Bangun dan membasuh apa yang perlu. Air mata dengan air basuhan dah berpadu.

Dulu, basuh pinggan di sini selalu nampak Oscar lalu. Lalu saya akan terjerit-jerit;

"Oka mokkkkkk! Nak gi ane tuuuuu?"

Oscar mesti menjawab. Paling kurang pakai matanya. Walaupun saya tak faham bahasa kucingnya.

Ah sudah. Itupun nak terkenang?

Cepat-cepat kesat air mata lagi. Kali ni cuba untuk lebih tabah. Sebab nak naik atas lalu depan adik yang sedang tonton TV di ruang atas. Malu beb.

Jalan cepat-cepat masuk bilik. Kunci pintu dan hempas badan atas katil.

Menangis lagi.




Ya Allah, sampai begini Kau kurniakan kaseh sayang aku pada seekor kucing gemok? Sampai aku rasa kehilangan yang sungguh-sungguh?

Apa hikmah-Mu ya Allah? Apa hikmah-Mu?


Tadi, terserempak ayah di tangga rumah, waktu ke bawah untuk ambil air.

"Hai, lama tak nampak?"

Dalam nada sinis tapi tersenyum manis.
Maklumlah, dari pagi tak tunjuk muka.

"Berkabung."

Sepatah.

Ayah diam. Memahami barangkali.

Terserempak ibu;
"Ha, macam mana? Dah?"

"Dah apa?"

"Istikharah?"

"Aha. Itu kena tunggu ayah."

Sambil gelak-gelak.


Rasa macam lama tak gelak.

(Baru sehari tak gelak sebenarnya!)



Ha tengok! Tengok weh! Tengoklah duhai diri!

Allah itu Maha Adil. Dia tarik sesuatu, dan mungkin akan diberikannya lagi sesuatu yang lain.

Apa nak risau?



Hidup mesti terusssssss.

Ada faham???



Kata saya kepada diri sendiri.




Okey, faham. Tapi, Rindu Oscar.


Sob sob sob.

T_T





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy faham sgt2 perasaan awk..kucing sy pun bru 'pergi' pd pagi isnin 8/10 di depan mata sy sendiri..sampai kehari ni sy masih menangis rindukan dia...sy syg dia sgt2 teramat2 syg..sy rasa semangat sy dah hilang..dlm setiap ruang rmh ni penuh dgn kenangan dia..sy rasa kalau sy kaya duit byk..sy dah x nak tgal dlm rmh ni..rasa nk pindah..hati sy sakit sgt2..mcm nk pecah..sepanjang hidup sy dah 34thn ni x pernah rasa kehilangan sebesar ni..sy dah x tahu nk buat mcmna...dah adopt kucing2 lain tapi perasaan tu dah x ada..seolah2 perasaan sy pun dah pergi bersama dia.....:(

Si Perempuan Melayu... berkata...

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Semoga Dia, memberi ketenangan kepada kamu. Carilah hikmah yang Dia sediakan, apabila menarik nyawa sesuatu yang kita kasihi sepenuh hati.

Kalau ada apa mahu kongsi, saya ada! Boleh tulis kepada saya, ye? (:

Tanpa Nama berkata...

aku pun merasainya...kucingku pun baru sahaja prgi mninggalkanku .. redha sajalah..pasti ada hikmahnya . .

Tanpa Nama berkata...

saya pun merasainya..saya baru sahaja khilangan seekor kucing . . walauapapun , ku serahkan semuanya kepada DIA . Sesungguhnya DIA maha adil