Jumaat, 7 September 2012

Kenapa nak jadi cikgu? Eh suka hatilah!

Dengan nama Allah...

Being a teacher is not our last option. Well, at least not for me.

I chose to be a teacher on so many reasons.

Ya, saham akhirat itu penting. Du'a nak-anak didik sangat powerful. (Du'a guru pun sangat powerful). Ilmu yang bermanfaat juga adalah antara tiga perkara yang boleh 'dibawa' ke kubur.

TAPI

Saya memilih menjadi seorang murabbi, supaya saya yang terdidik. Saya mahu jadi manusia yang leb
ih sabar, yang mengucapkan perkara yang lebih baik, yang akan mengawal emosi dan tone suara apabila mahu marah, yang lebih ceria apabila melayan anak-anak, yang lebih fokus apabila melakukan sesuatu, yang lebih kreatif dan punya critical thinking yang awesome, dan lain-lain.

Paling penting, seorang manusia yang WALK THE TALK.

Kalau saya pesan pada anak-anak didik, jangan tinggal solat, bermakna SAYA KENA PASTIKAN SAYA TIDAK TINGGAL SOLAT. Kalau saya pesan pada anak-anak didik, makan minum guna tangan kanan dan duduk, saya kena pastikan saya buat apa yang saya cakap. I'm still struggling in this battle.

Sepanjang saya menjadi seorang guru - walaupun mungkin tak banyak - saya telah memperbaiki diri. Hakikatnya, saya banyak belajar daripada anak-anak didik saya. Lagi pula, anak-anak ini masih putih. Allah telah memberi jalan buat saya mentarbiyah diri melalui anak-anak agama saya yang 20 tahun lebih muda daripada saya.

Saya kira, saya patut syukuri peluang ini.

Saya juga mengaku saya banyak hilang sabar ketika mengajar. Saya pernah meninggikan suara terutama ketika mula-mula menjadi guru. Saya banyak belajar daripada pengalaman-pengalaman yang sebegini. Allahu Allah.

It's an ongoing learning process. Saya masih lagi cuba memperbaiki sikap, akhlak dan pemikiran saya. Kalau ada orang anggap saya jadi cikgu sebab tak dapat kerja lain, terpulang. Setakat ini, saya tahu apa yang saya buat. Dan saya happy.

Apapun, saya rindukan anak-anak saya. Semuanya. Saya harap mereka membesar dengan baik, di samping ibu bapa mereka. Guru akan selalu bertukar, tidak ada seorang guru pun yang akan mengajar seorang murid sejak tadika hingga universiti. Jadi sebenarnya, ibu bapalah pencorak sebenar seorang anak.

Oleh itu, saya juga nak katakan, antara sebab saya menjadi guru adalah supaya suatu hari nanti, SAYA AKAN JADI GURU KEPADA ANAK-ANAK SAYA SENDIRI. (Read: Children - plural)



Adoi. Rindu seh. Nak golek-golek dengan Hakimi. Nak bagi Rifaie coklat. Nak sakat Danish sampai mata berair. Nak tarik telinga Hafiz. Nak peluk Nazlyn. Nak betulkan tudung Adriana. Nak tengok Ean nangis. Nak usap kepala Nuha. Nak selongkar check beg Yasmin. Nak pinjam mata Azfar. Nak dengar Ain nyanyi. Nak gelak dengan Safi.

Sob sob sob






Tiada ulasan: