Khamis, 6 September 2012

Back to the future, bila, dan siapa punya?

Dengan nama Allah...


"Jom jumpa? Ada benda nak bincang. Nak tanya pendapat."

Pantas saja saya mengajak seorang adik yang dekat di hati saya untuk bertemu.

"So jumpa lepas asar lepas bantu ummi ye."

Set.

Petang itu kami bertemu dengan senyuman penuh makna. Masing-masing sarat cerita. Saya lebih-lebih lagi.

Akhirnya saya luahkan dua-tiga perkara yang masih duk menerawang dalam kepala. Saya sedikit lega. Oh bukan, saya sangat lega sebenarnya. Kerana selain Allah, itulah kali pertama saya bercerita tentang dua-tiga perkara itu kepada seorang manusia. Tapi pada akhirnya saya juga tahu, keputusan untuk memulakan langkah ada pada tangan saya. Dan keputusan menentukan terjadinya langkah itu, tetap jua terletak pada Allah Taala.

Saya sedang berdiri di persimpangan yang memerlukan saya membuat keputusan yang terbaik. Untuk saya tentunya, untuk keluarga, dan untuk ummah.

Hari ini, saya sudah bulat hati untuk meneruskan langkah. Saya sudah tahu simpang mana yang patut saya lalui. Atau lebih tepat lagi, simpang mana yang patut saya lalui terlebih dulu sebelum masuk ke simpang yang lagi satu. Ya, saya semacam tamak. Saya mahu melalui semua simpang yang ada. Serius.

Ini soal masa depan.

Masa depan saya.

Masa depan yang tidak saya beri perhatian dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini kerana sibuk nak menggembirakan orang lain berbanding diri sendiri.

Sekarang, saya mahu buat kedua-duanya. (Tamak lagi!)

Saya mahu menggembirakan hati orang lain, DAN dalam masa yang sama saya mahu menggembirakan hati saya sendiri dengan memberi LEBIH perhatian kepada masa hadapan saya sendiri.

THE FUTURE.

Dan FUTURE saya termasuklah seluruh umat manusia dan keluarga.

Saya kira, kalau orang tak nampak hasilnya dalam jangka masa pendek, mereka perlu tahu itu ertinya saya sedang mengusahakan sesuatu untuk jangka masa panjang.

In the mean time, saya agak pasti banyak mulut akan bising.

"Bila?"

Soalan biasa.

Bila nak nikah, bila nak kerja lain, bila nak ini, bila nak itu.

Saya cuma nak cakap, kalau saya tahu bila, tak perlu kot saya nak buat perancangan. Saya tunggu masa dan  go with the flow sebab tahu akan sampai waktunya.

Masalahnya, kalau tak ada perancangan bermakna tak ada usaha. Eventually, it means....?

SAYA PUN TAK TAHU BILA.

Saya boleh rancang.

Yang akan kata "Okey, sekarang waktunya!" hanyalah Allah.


Eh, takkan korang dah lupa? Kunfayakun siapa yang punya???








Tiada ulasan: