Isnin, 27 Ogos 2012

Misi terbaru

Dengan nama Allah...



Berdebar-debar menanti misi.

Entahkan terlaksana entahkan tidak.

Hope for the best!

Please make du'a for me!

Insha-Allah amiin!

P/S: Cantikkan masjid dalam gambar ni? Oh, saya google je gambar ni. Harap maklum.

Ahad, 26 Ogos 2012

Harap dapat A+

Dengan nama Allah...


Saya ni manusia biasa je.

Bukan berilmu sangat, tak pernah pergi sekolah agama secara formal, belajar setakat bachelor's degree biasa-biasa, sekolah asrama penuh pun tak pernah. Seumur hidup tinggal dengan keluarga, tak ada merantau jauh-jauh. Ilmu dan amalan masih lagi sedang diusahakan sehabis baik.

Tengah belajar sekadar mampu ilmu macam-macam, tengah struggle dengan battle tersendiri dalam hidup. Nak jadi hamba Allah yang lebih baik, anak yang lebih baik, pelajar yang lebih baik, ahli masyarakat yang lebih baik, daie yang lebih baik. Semua ni ambil masa dan tenaga luar biasa. Ada masa down, ada masa semangat mencanak naik.

Bila orang macam saya ni post status 'beragama' bukan nak sibuk dakwah pada orang, sebaliknya lebih kepada diri sendiri. Nak buat macam mana, kadang-kadang orang yang (konon) dekat dengan kita tak sudi langsung nak pesan dan beri ingatan atau ajak beramal. Susah nak dengar orang sekeliling kata "Jom solat sama?" atau "Jom tadarus jom? Aku dengar kau baca, kau dengar aku baca." atau "Jom pergi tazkirah maghrib nak?" atau "Jangan lupa tutup aurat ek?".

Masing-masing sibuk dengan kubur sendiri. Termasuk diri sendiri. Dan malu nak ajak buat benda baik. Nanti orang kata kolot, skema, leceh, blah blah blah.

Jadi, kenalah paksa diri sendiri cari ilmu dan beramal. Bukannya nak tunjuk bagus, alim atau konon cool sangat. Kita ni nak membiasakan diri dengan ilmu-ilmu dan amalan-amalan agama. Dan jalan berdakwah tu ada banyak cabang. Tak mampu menyampaikan ilmu sendiri, sekurang-kurangnya menyampaikan ilmu orang lain itu diharap dapat memberi saham di hari kemudian. Dan setiap kali kita berbakti atau menyumbangkan sesuatu itu, takkan harus dicanang satu dunia? Kebanyakan masanya orang tak nampak dan mungkin juga tak faham. Bukannya kita ni 24 jam bersama mereka. Dan lumrahlah tu, yang kita buat orang tak nampak, yang kita tak buat tu yang orang nampak jelas. Yang betul orang tak nampak, yang salah tu yang orang kecoh-kecohkan.

Kalau orang macam saya ni dianggap tak guna dalam perjuangan seperti ini, maka saya kira tak ada seorang manusia pun yang layak menjadi khalifah. Kalau kekurangan dalam satu sisi hidup kita menjadikan amalan-amalan pada sisi lain kita terus hancur dan dianggap rubbish, maka siapa yang tinggal untuk diangkat ke syurga? Siapa yang layak untuk Tuhan? Siapa?

Sebelum ni pernah orang sebut "Tak guna kau solat 5 waktu kalau ......" dan sepertinya. Saya kira walaupun hati saya hancur luluh mendengar ucapan seperti itu, saya juga sedar segala amalan dan ilmu itu milik Tuhan semata. Yang layak menentukan berguna atau tidak segala yang kita lakukan adalah Dia, tiada lain.

Sedangkan orang yang kita anggap mati syahid juga belum tentu diterima Allah. Apatah pula kita yang biasa-biasa ni. Cuba juga saya membayangkan bagaimana perasaan alim ulama', sahabat-sahabat para Nabi dan Nabi-Nabi sendiri. Jangankan masyarakat, ada antara mereka disampahkan oleh keluarga sendiri.

Mungkin itulah dia tangkal kekuatan buat orang-orang kerdil seperti saya. Yang seperti tak punya masa depan dan dianggap pemalas. Yang dah lah kurang berilmu, dianggap pula tidak berbakti kepada orang di sekeliling. Tangkal apa lagi yang kami ada kecuali kekuatan dan kesabaran para Nabi, ilham para malaikat, dan cinta Tuhan yang Maha Mengetahui?

Dakwah orang-orang seperti kami dimulakan untuk diri sendiri. Bukan untuk berlagak alim dan konon hebat sangat dalam hal dunia akhirat. Dakwah orang seperti kami diteruskan untuk menampung lompang yang ada dalam amalan-amalan wajib kami yang tidak sempurna. Dakwah orang seperti kami tidak akan dihentikan supaya kami terus istiqamah bermula dengan diri sendiri step by step sebelum menjadi diri kami yang lebih berperanan besar kepada ummah.

Sebab itu suka saya mengingatkan diri sendiri:
DON'T JUDGE SOMEONE JUST BECAUSE THEY SIN DIFFERENTLY THAN YOU!

Kau pun buat dosa, kau sedar tak? Bila orang mengata kau, tau pun sedih. Habis kalau kau kata orang tu, kau ingat orang suka ke?

Baik kau senyap je, wahai diri. Daripada kau potpetpotpet tapi...

Ini sebenarnya proses tarbiyah diri sendiri. Bukan sibuk nak jadi pendakwah dan tunjuk bagus.

P/S: Sekian dulu karangan kali ini, harap dapat A+ amiin. Hehh.

Ahad, 19 Ogos 2012

Talk to the hand!

Dengan nama Allah...



So majoriti negara-negara seluruh dunia sedang dan akan menyambut Aidilfitri.

Dedikasi khas kepada pak cik, mak cik, abang sepupu, adik sepupu, atok nenek mahupun kawan baik inche syaiton yang direjam:

Ramadan mentarbiyah kami dengan sungguh awesome Alhamdulillah. Sebarang surat-menyurat atau panggilan hangit tidak akan dilayan!

So, TALK TO THE HAND!

Yok, raikan kemenangan kita! Pastikan inche syaiton tak akan berjaya menggoda kita lagi! Insha-Allah!


Rabu, 15 Ogos 2012

Nangis... Nangis... (Lagi!)

Dengan nama Allah...

Tadi, lepas azan isya'.

Berdiri untuk solat sunat.


Tetiba sebak. Sangat-sangat-sangat sebak.


Tak dapat nak berdiri tegak-tegak.

Ya Allah...



Saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasa sangat helpless saat tu. Lantaklah orang tengok ke, orang dengar ke, orang fikir bukan-bukan ke. Saya dah nangis-nangis tak boleh berhenti.


Ya Allah...


27 Ramadan???




Cepat sangat.


Kita tekad tau!

Dengan nama Allah...


Yang suruh tutup aurat baju longgar, lengan panjang, tutup dada, tu bukan kita. Tapi Allah. Yang suruh makan minum guna tangan kanan tu bukan kita. Tapi Nabi Allah. Yang nasihatkan kalau rasa sedih risau resah gelisah takut marah, pergi masjid mengadap Allah instead of pergi shopping buang duit tu pun bukan kita. Banyak benda yang kita sebut bukan kita yang nak, tapi Islam yang nak.

Takyah la buat muka annoying, jeling-jeling, sindir-sindir, kalau kita sebut benda-benda macam ni. Kita sedar kita ni manusia biasa-biasa yang tak berapa berilmu pun. Tapi kita ada saham akhirat dengan dakwah biasa-biasa kita ni. Kita takmo nanti Allah tanya 'awat hang tak pernah sebut pasai ajaran agama hang kat depa?' nanti kita nak jawab apa?

Kita selalu kecik hati bila awak-awak ignored kita, jeling kita, sindir kita, buat muka menyampah kat kita, anggap kita kolot, takmo lepak-lepak dengan kita.

Tapi kita selalu ingat Nabi kita. Dulu Nabi kita lagi teruk kena hina. Dia sabar je. So kita pun rasa kita kena sabar. Walaupun kita selalu rasa sedih bila awak-awak tak layan kita. Hari-hari kita nangis. Kita sedar kita ni siapa. Diri sendiri pun tak betul lagi.

Kita nak jadi kuat macam Nabi kita. Kita nak Allah layan kita walaupun mungkin awak-awak takmo layan kita elok-elok.

Kita tekad.




Jumaat, 10 Ogos 2012

Kalau macam ni, Usain Bolt pun kalah!

Dengan nama Allah...


Pecutan terakhir Ramadan?

I'm ready!

Are you?



Insha-Allah.


Semoga kita tidak sibuk mencari tanda-tanda malam lailatul qadar.

Sebaliknya, sibuk beribadat walaupun malamnya tak bertanda langsung.


Ramadan...


Tolong jangan pergi cepat sangat!

Ayuh! Kejar cepat! Pecut habis-habisan!

Inche Bolt, sorrylah, kami lagi laju kot! d:


Selasa, 7 Ogos 2012

#601: You are not important. I am!

Dengan nama Allah...


Bukankah semua orang layak bercita-cita dan meletak harapan?

Bukankah semua orang layak mempunyai impian dan masa depan?



Dan kenapa, kenapa kita lebih mementingkan diri sendiri berbanding orang lain?

Kenapa impian orang lain tak sepenting impian kita?
Kenapa cita-cita orang lain tak sehebat cita-cita kita?
Kenapa harapan orang lain tak setinggi harapan kita?



Kita. Kita. Kita.

Aku.

Balik-balik aku.


Dia? Mereka?

It's just sad to hear people say (or at least to see people having that kind of look on their faces) that "Your dreams are not as important as mine!"

... Don't I deserve to be happy doing and getting what I want, too?


Isnin, 6 Ogos 2012

Gaman!


Dengan nama Allah...

Merenung masa depan
dan kematian.

Mungkin saja, tak lama lagi.
Mungkin saja, sekejap lagi.

Nampak keinginan
cuma tak nampak susur jalan.
Nampak keperluan
cuma tak nampak ruang jiwa.

Cuma mahu hidup waktu ini
menjadi teguh
lagi sabar.

Waktu yang lain, kerja Dia.


我慢
Ramadan ke-enam belas
1433H
4:45 petang waktu Tanah Pusaka



Ahad, 5 Ogos 2012

Bachelor's Degree? Eleh!

Dengan nama Allah...



Eleh kacang gila kot nak dapat bachelor's degree.

Belajar 4 tahun, habis duit bukan banyak pun puluh-puluh ribu je, ambil exam 5-6 bulan sekali, lepas tu naik pentas dalam 3 saat macam tu untuk terima ijazah. Kalau ada rezeki, anak raja yang kasi kat pentas tu. Tadaaaaaaaaa! Dah dapat dah! Settle!

Tapi... Nak dapat bachelor's degree in TAQWA????

Mak aih! Belajar sampai mati pun belum tentu dapat. Duit keluar sikit gila, tak sampai lima puluh macam tu dalam sebulan sedekah kat masjid atau orang susah. Itu pun tergetar-getar nak hulur sebab terbayang-bayang makanan sedap dengan baju lawa kat kedai hari tu. Hari-hari berperang dengan diri sendiri; jangan malas solat jangan malas solat jangan malas solat! Baca Quran! Tolong ibu ayah! Senyum! Puasa! Jaga hati! Du'a banyak-banyak! Jaga mata hoiii!

Huish kena paksa sepaksa-paksanya untuk jadi istiqamah. Solat 5 minit je pun, tapi liatnya bukan main. Asyik bertangguh. Rezeki nak, jodoh nak, panjang umur nak, sihat nak, semua kesenangan nak. Tapi aurat tak nak tutup, solat tak nak buat, Quran tak nak baca.

Jangan kata degree, nak dapat cemerlang tahap UPSR pun belum tentu ni...

Nak kejar syurga dunia senang je kot. Nak jannah di akhirat tu yang payah.

Dah tu camne ni?

KATA SAYA KEPADA DIRI SENDIRI. m(_ _)m



Sedih tapi redha.......

Dengan nama Allah...



Okay. Sedih. Tapi (cuba) redha.

Sekian terima kaseh.




We are proud of you.


And dear Allah, we Muslims know this is your plan.
The best plan.
Ever.