Ahad, 5 Ogos 2012

Bachelor's Degree? Eleh!

Dengan nama Allah...



Eleh kacang gila kot nak dapat bachelor's degree.

Belajar 4 tahun, habis duit bukan banyak pun puluh-puluh ribu je, ambil exam 5-6 bulan sekali, lepas tu naik pentas dalam 3 saat macam tu untuk terima ijazah. Kalau ada rezeki, anak raja yang kasi kat pentas tu. Tadaaaaaaaaa! Dah dapat dah! Settle!

Tapi... Nak dapat bachelor's degree in TAQWA????

Mak aih! Belajar sampai mati pun belum tentu dapat. Duit keluar sikit gila, tak sampai lima puluh macam tu dalam sebulan sedekah kat masjid atau orang susah. Itu pun tergetar-getar nak hulur sebab terbayang-bayang makanan sedap dengan baju lawa kat kedai hari tu. Hari-hari berperang dengan diri sendiri; jangan malas solat jangan malas solat jangan malas solat! Baca Quran! Tolong ibu ayah! Senyum! Puasa! Jaga hati! Du'a banyak-banyak! Jaga mata hoiii!

Huish kena paksa sepaksa-paksanya untuk jadi istiqamah. Solat 5 minit je pun, tapi liatnya bukan main. Asyik bertangguh. Rezeki nak, jodoh nak, panjang umur nak, sihat nak, semua kesenangan nak. Tapi aurat tak nak tutup, solat tak nak buat, Quran tak nak baca.

Jangan kata degree, nak dapat cemerlang tahap UPSR pun belum tentu ni...

Nak kejar syurga dunia senang je kot. Nak jannah di akhirat tu yang payah.

Dah tu camne ni?

KATA SAYA KEPADA DIRI SENDIRI. m(_ _)m



Tiada ulasan: