Ahad, 26 Ogos 2012

Harap dapat A+

Dengan nama Allah...


Saya ni manusia biasa je.

Bukan berilmu sangat, tak pernah pergi sekolah agama secara formal, belajar setakat bachelor's degree biasa-biasa, sekolah asrama penuh pun tak pernah. Seumur hidup tinggal dengan keluarga, tak ada merantau jauh-jauh. Ilmu dan amalan masih lagi sedang diusahakan sehabis baik.

Tengah belajar sekadar mampu ilmu macam-macam, tengah struggle dengan battle tersendiri dalam hidup. Nak jadi hamba Allah yang lebih baik, anak yang lebih baik, pelajar yang lebih baik, ahli masyarakat yang lebih baik, daie yang lebih baik. Semua ni ambil masa dan tenaga luar biasa. Ada masa down, ada masa semangat mencanak naik.

Bila orang macam saya ni post status 'beragama' bukan nak sibuk dakwah pada orang, sebaliknya lebih kepada diri sendiri. Nak buat macam mana, kadang-kadang orang yang (konon) dekat dengan kita tak sudi langsung nak pesan dan beri ingatan atau ajak beramal. Susah nak dengar orang sekeliling kata "Jom solat sama?" atau "Jom tadarus jom? Aku dengar kau baca, kau dengar aku baca." atau "Jom pergi tazkirah maghrib nak?" atau "Jangan lupa tutup aurat ek?".

Masing-masing sibuk dengan kubur sendiri. Termasuk diri sendiri. Dan malu nak ajak buat benda baik. Nanti orang kata kolot, skema, leceh, blah blah blah.

Jadi, kenalah paksa diri sendiri cari ilmu dan beramal. Bukannya nak tunjuk bagus, alim atau konon cool sangat. Kita ni nak membiasakan diri dengan ilmu-ilmu dan amalan-amalan agama. Dan jalan berdakwah tu ada banyak cabang. Tak mampu menyampaikan ilmu sendiri, sekurang-kurangnya menyampaikan ilmu orang lain itu diharap dapat memberi saham di hari kemudian. Dan setiap kali kita berbakti atau menyumbangkan sesuatu itu, takkan harus dicanang satu dunia? Kebanyakan masanya orang tak nampak dan mungkin juga tak faham. Bukannya kita ni 24 jam bersama mereka. Dan lumrahlah tu, yang kita buat orang tak nampak, yang kita tak buat tu yang orang nampak jelas. Yang betul orang tak nampak, yang salah tu yang orang kecoh-kecohkan.

Kalau orang macam saya ni dianggap tak guna dalam perjuangan seperti ini, maka saya kira tak ada seorang manusia pun yang layak menjadi khalifah. Kalau kekurangan dalam satu sisi hidup kita menjadikan amalan-amalan pada sisi lain kita terus hancur dan dianggap rubbish, maka siapa yang tinggal untuk diangkat ke syurga? Siapa yang layak untuk Tuhan? Siapa?

Sebelum ni pernah orang sebut "Tak guna kau solat 5 waktu kalau ......" dan sepertinya. Saya kira walaupun hati saya hancur luluh mendengar ucapan seperti itu, saya juga sedar segala amalan dan ilmu itu milik Tuhan semata. Yang layak menentukan berguna atau tidak segala yang kita lakukan adalah Dia, tiada lain.

Sedangkan orang yang kita anggap mati syahid juga belum tentu diterima Allah. Apatah pula kita yang biasa-biasa ni. Cuba juga saya membayangkan bagaimana perasaan alim ulama', sahabat-sahabat para Nabi dan Nabi-Nabi sendiri. Jangankan masyarakat, ada antara mereka disampahkan oleh keluarga sendiri.

Mungkin itulah dia tangkal kekuatan buat orang-orang kerdil seperti saya. Yang seperti tak punya masa depan dan dianggap pemalas. Yang dah lah kurang berilmu, dianggap pula tidak berbakti kepada orang di sekeliling. Tangkal apa lagi yang kami ada kecuali kekuatan dan kesabaran para Nabi, ilham para malaikat, dan cinta Tuhan yang Maha Mengetahui?

Dakwah orang-orang seperti kami dimulakan untuk diri sendiri. Bukan untuk berlagak alim dan konon hebat sangat dalam hal dunia akhirat. Dakwah orang seperti kami diteruskan untuk menampung lompang yang ada dalam amalan-amalan wajib kami yang tidak sempurna. Dakwah orang seperti kami tidak akan dihentikan supaya kami terus istiqamah bermula dengan diri sendiri step by step sebelum menjadi diri kami yang lebih berperanan besar kepada ummah.

Sebab itu suka saya mengingatkan diri sendiri:
DON'T JUDGE SOMEONE JUST BECAUSE THEY SIN DIFFERENTLY THAN YOU!

Kau pun buat dosa, kau sedar tak? Bila orang mengata kau, tau pun sedih. Habis kalau kau kata orang tu, kau ingat orang suka ke?

Baik kau senyap je, wahai diri. Daripada kau potpetpotpet tapi...

Ini sebenarnya proses tarbiyah diri sendiri. Bukan sibuk nak jadi pendakwah dan tunjuk bagus.

P/S: Sekian dulu karangan kali ini, harap dapat A+ amiin. Hehh.

Tiada ulasan: