Dengan nama Allah...
Kenapa? Serius, kenapa dengan kita ni sebenarnya?
What's wrong with us?
Bila soal bil elektrik, bil air, bukan mainlah berjimat cermat. Konon-konon tak nak membazir. Penting ni. Tapi beli baju baru, beg baru, kasut baru, entah-apa-benda semua baru ehhh tak apa pula? Brand mesti mau ada class, harga mahal tak apa janji puas hati. Padahal dalam rumah berlambak benda-benda tu semua. Kita kata "Ala tak apa ni keperluan. Kena beli yang berkualiti, tahan lama." Kononnya lah. Habis tu, kalau tahan lama, apa hal beli baru tetiap bulan? Paling kurang pun setahun berkali-kali kan? Ha? Apa hal?
Makan bukan main mewah. Ewah ewah konon penting untuk kekal sihat dan cergas. Mahal tak apa asalkan selera kena. "Ala apa sangatlah makan satu pinggan RM20? Bukan selalu. Hello, RM20 tu makan seminggu pun dah cukup untuk orang susah, tahu? Dah beli makanan, alamak tak berapa nak sedaplah pula. Maka membebel-bebel pot pet pot pet "Tak sedap. Tak cukup perasalah. Patut lebih sikit sos ni. Rugi je beli, tak best pun." Perghhh sentap orang-orang miskin tak berharta hatta nak beli beras secupak pun tak mampu tu. Dah dapat rezeki banyak pula bunyi? Nabi SAW kalau tak suka satu-satu makanan tu, ditinggalkan saja tanpa banyak bicara. Malah diucapnya pula Alhamdulillah dan istighfar banyak-banyak kali. Full stop. Kita ni tak terfikir ke Allah sesaja nak tengok syukur ke tak syukur kita ni? Sesaja agaknya Dia kasi nasi goreng kampung tu rasa nasi putih tak cukup masak. Sesaja agaknya Dia kasi ayam masak merah tu rasa cili kosong yang tak pedas pun. Sesaja agaknya nak tengok kita ni nak mengeluh ke nak bersyukur sekurang-kurangnya kat lidah tak sedap tapi perut tetap kenyang nak hidup lagi 2-3 minggu. Oh lupa, makan tu ibadah kan? So apa hal kita nak membebel-bebel makan tak sedap, makanan sampai lambat, makanan mahal sangat blah blah blah? Boleh mengeluh ke buat ibadah? Makan satu lauk pun nak bising. Ada nasi ada lauk pun tak cukup-cukup? Ada orang jangan kata nasi, nak dapat air secawan pun punya payah. Sibuk sangat nak layan selera tekak, kekonon tak selera nak makan padahal makanan depan mata. Ada orang selera membuak-buak pun Allah tak izin sikit pun masuk mulut dia. Tak rasa malu ke sibuk nak layan anak tekak sendiri je? Ha? Apa hal kita ni?
Malam tak boleh tidur pun nak mengeluh. Ustaz Azhar Idrus pesan, kalau terjaga memalam tu tolong bersyukur lebih sikit. Kang tak terjaga langsung kang macam mana? Ustaz pesan bila terjaga tu tanda malaikat membangunkan. Jadi sila-silalah reti bahasa, paling malas pun sebut nama Allah. Kalau rasa-rasa handsome kacak bergaya cantik jelita, sama-samalah kita bangun berwudhuk lalu menunaikan solat apa yang patut. Hai takkan tak faham-faham kita ni dosa bergunung-ganang. Solat taubat takkan seminggu sekali 2 rakaat je? Apa hal bongkak sangat nak sujud tetengah malam minta ampun Sang Pengampun? Ingat terjaga tengah malam tu sesaja je ke? Mesti ada pesanan ringkas yang nak disampaikan tu. Apa kata ubah keluhan jadi senyuman syukur penuh kecintaan. Tak rasa ke Allah tu Maha Pengampun nak kasi can baik punya dikeheningan malam berdua-duaan dengan-Nya. Aiseh romantik tak ingat ni! Apa hal kita nak bising-bising "Tak cukup tidur siut malam tadi asyik terjaga je. Mengantuk gila sekarang ni." Ha? Apa hal kita ni?
Dah tu ada kerja mengeluh ini itu. Suka ke kalau tak ada kerja tak ada duit? Kalau tak kerja pun nak mengeluh apa? Rezeki Allah tu dah dijanjikan, kenapa susah sangat kita nak yakin? Tak sedar ke Allah bagi can masa kecederaan untuk sumbat gol pahala bebanyak? Kang kasi wisel penamat kang baru tauuu! Ha.. Ada anak asyik complain anak begini begitu. Excuse me, berlambak lagi manusia dalam dunia nak anak tapi tak dapat! Ni tengok ni, saya ni nak kahwin pun tak dapat-dapat lagi inikan pula nak dapat anak. Eh??? Aha tetiba. Ada rumah tapi "Kalau dapat rumah besar kan best!" Alamak apa kalau-kalau ni? Kalau tak ada rumah langsung agak-agaknya best tak? Yang ada depan mata tak nak pandang betul-betul. Yang tak ada, entah akan ada ke tidak, yang tak pasti akan ada atau yang confirm tak akan ada, sibuk-sibuk nak fikir sampai termimpi-mimpi. Hah kang yang depan mata pun lenyap baru tahu langit tu tinggi ke rendah! Apa hal sibuk cari benda yang tak ada tapi tak peduli pada benda yang dah ada? Apa hal ha?
Nak kata bodoh, dah terang jelas berspotlight Allah jadikan manusia berakal beriman.
Dah kenapa ni sebenarnya???? Kenapa???? Why???? Doshite????
KATA SAYA KEPADA DIRI SENDIRI.
Sedar diri sikit boleh, wahai diri???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan