Dengan nama Allah...
Kadang-kadang Allah mengurniakan rasa sakit.
Tapi, sakit yang ini sudah lama benar tidak dirasai. Lebih lima tahun barangkali. Bila Allah mencampakkan rasa sakit itu, aduhai, hanya Dia yang tahu betapa azabnya. Azab itu menerbitkan rasa resah gelisah. Sedih. Sayu. Takut. Risau. Dan sedikit tak tentu arah.
Dan ajaibnya, itu juga membuatkan manusia lebih mengingati Dia dan tersedu-sedan selalu kerana meratapi kesakitan. Penyesalan demi penyesalan mula mengelilingi jiwa. Ajaib. Manusia ingat mati.
Lebih ajaib lagi apabila Dia sekelip mata menarik rasa sakit itu. Sekelip mata!
Hilang semuanya. Sakit, takut, sedih, risau, gelisah. Lenyap.
Masha-Allah subhanallah. Begitu ajaib sekali kuasa-Nya.
Saya cuma berharap saya tak akan berhenti menangis meratapi dosa-dosa dan kelalaian saya.
Kerana saya tak mungkin faham nikmat Dia, kalau tidak merasai sakit terlebih dulu. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan