Dengan nama Allah...
Foto satu: Chapel of the Ascension di Jabal Az-Zaitun. Ini tempatnya yang dikatakan Nabi Isa A.S. diangkat ke langit apabila kurang lebih 4000 orang Yahudi sedang memburunya dengan tujuan untuk membunuhnya. Nabi Isa A.S. digantikan Allah dengan Sarjis dan diangkat ke langit, manakala Sarjis yang disangka Isa telah ditangkap dan disalib.
Foto dua: Papan tanda menunjukkan arah ke Mount of Olives yang berdekatan dengan tempat saya berdiri di hadapan pintu masuk Chapel of the Ascension.
Foto tiga: Seindah gambar yang pernah dilihat. Saya sendiri menggambari pemandangan Al-Quds dari puncak Zaitun! Di sebelah kiri kelihatan kubah kusam berwarna biru Masjid Al-Aqsa dan sebelah kanan adalah kubah emas As-Sakhra. Sekelilingnya adalah tembok Al-Quds yang memagari keseluruhan 'kota'nya termasuk kawasan ibadat Yahudi dan gereja-gereja Kristian. Lihat pemandangan belakang, betapa membangunnya Israel!
Foto empat: Papan tanda pelbagai bahasa Chapel of the Ascension yang sempat saya rakam dari dalam bas semasa baru sampai.
NOTA: Izin siar dengan kata ganti diri 'saya', dan tidak lagi 'hamba'. Ubah angin.
Pagi hari ke tiga belas bulan Sya'ban tahun empat belas tiga puluh dua hijriah diteruskan sejurus selesai solat fajar dan memetik-metik kamera juga dengan bersarapan di hotel. Usai bersarapan, jemaah berarak naik ke dalam bas dan bergerak ke Mount of Olives (Bukit Zaitun) yang memang saya nanti-nantikan. Terbayang dalam kepala bagaimana indahnya nanti kubah Aqsa dan kubah Sakhra berpadu dalam pemandangan jarak jauh dari puncak Zaitun.
Seperti juga perasaaan saya ketika baru tiba di Tel Aviv menuju ke Bethlehem, dan juga ketika menuju pula ke Hebron, perasaan saya ketika menuju je puncak Zaitun tidak ada beza. malah mungkin saja lebih beremosi berbanding detik-detik sebelum ini. Saya lebih banyak diam, dan khusyuk menekuni bumi Palestina berbanding jemaah lain yang hingar-bingar bercerita sesama sendiri di dalam bas mahupun ketika di luar bas. Perasaan saya luar biasa sekali maksudnya hingga saya tidak punya kata-kata yang sesuai untuk dilafazkan bagaimana dan apa, apatah lagi mahu digambarkan dengan visual. Ya, saya seorang perempuan muda yang sangat sensitif bila berbicara soal sejarah apatah pula sejarah agama, dan rapuh sekali jiwa apabila mengenang yang macam-macam tentang kemanusiaan dan keTuhanan. Kerana Allah Taala jua.
Ada juga detik waktunya saya menitiskan air mata tanpa sebab nyata, melainkan kerana terasa begitu dekat dengan Islam itu sendiri melalui kembara muhasabah yang begini. Walaupun saya terlalu bersyukur kepada Allah Taala kerana telah menyampaikan saya ke bumi baraqah seperti Palestin, saya juga mempunyai rasa teramat malu dengan-Nya, kerana saya sedar perjuangan saya yang selama ini saya rasakan begitu berat dipikul bahu, sebenarnya tersangat jauh lebih ringan jika dibanding perjuangan para anbiya. Allahu akbar...
Ada juga jemaah yang dekat dengan saya, menegur lantas memberi kesan di hati; "Senyumlah sikit...".
Barangkali riak wajah saya terlalu keruh apabila emosi saya terbawa-bawa. Saya sebenarnya begitu tidak sangka dapat menjejak tanah tempat Muhammad yang kita cintai naik ke langit bertemu Allah, juga tempat Isa yang kita kasihi diangkat ke langit juga oleh Allah. Masha-Allah, kalau bukan air mata tawadhuk, apa lagi yang mampu saya lakukan? Senyuman bergula serasa saya, tidak cukup menggambarkan keindahan pengalaman yang begini.
Tiba di Mount of Olives, saya lebih-lebih beremosi.
Belumpun turun dari perut bas, saya sudah nampak jauhnya Al-Aqsa dan juga As-Sakhra. Bulat-bulat sama seperti yang pernah saya lihat dalam gambar-gambar dan televisyen. Masha-Allah, ini saya, di bumi Baitulmaqdis memandang tempat Muhammad S.A.W. naik ke langit! Bukan sekadar memandang gambar-gambar!
Jiwa saya tidak mampu tahan, saya ke satu sudut kurang orang, merenung jauh ke Al-Quds dan lantas menangis lagi. Syukur, pagi itu hanya jemaah kami yang baru sampai. Dan banyak lagi ruang-ruang yang tidak dipenuhi jemaah. Saya menangis terus-terusan walaupun bimbang ada yang nampak. Sungguh, saya tak mampu menahan rasa hati. Mata saya ketika itu kabur benar kerana terlalu berair mata. Allah... Allah... Hanya Allah yang tahu perasaannya.

Setelah beberapa ketika menahan perasaan dan cuba menampang air mata untuk turun lagi, saya kesat-kesat kasar wajah saya supaya nampak kering dan tenang lalu melangkah kaki menyertai jemaah yang lain. Ketika itu, sudah ramai pula penjual-penjual cenderamata berupa poster pemandangan, buku sejarah Baitulmaqdis dan sebagainya yang berlegar-legar melakukan pemasaran. Jemaah semakin galak bergambar. Saya? Masih pura-pura okey dan turut serta bergambar mana yang sempat.
Mr. Hisyam kemudiannya memanggil kami untuk naik ke bas, mahu bergerak ke tempat Ascension Isa A.S.
Mr. Hisyam kemudiannya memanggil kami untuk naik ke bas, mahu bergerak ke tempat Ascension Isa A.S.
Al-Quran telah membuktikan kebenaran tentang Nabi Isa A.S. disalib dalam surah An-Nisaa' ayat seratus lima puluh tujuh dan seratus lima puluh lapan. Diriwayatkan semasa bersembunyi dalam sebuh gua bersama sahabat-sahabat yang merupakan golongan Hawariyun, salah seorang sahabat Nabi Isa A.S. yang bernama Sarjis telah diberi amanah untuk keluar untuk mencari makanan. Walaubagaimanapun Sarjis telah mengkhianati amanah itu lalu memberitahu orang-orang Yahudi di mana Isa A.S. bersembunyi dan membawa mereka ke gua tersebut. Orang-orang Yahudi telah menyuruh Sarjis masuk ke dalam gua dan memastikan di mana Isa A.S. berada sebelum benar-benar menyerbu dan menangkap Isa A.S. Di saat itulah Allah Taala menyampaikan Jibril mengajarkan sebuah du'a kepada Isa A.S. dan sesudah baginda membaca du'a tersebut, maka baginda diangkat ke langit. Lalu Allah Taala menukarkan Sarjis menyerupai Isa A.S. dan apabila orang-orang Yahudi menyerbu masuk, Sarjislah yang sebenarnya mereka tangkap dan salib kerana menyangka itulah dia Nabi Allah Isa A.S.
Tidakkah Allah itu Maha Bijaksana?
Di dalam Chapel yang kecil itu, Mr. Hisyam menerangkan sedikit sebanyak sejarah Nabi Isa A.S. diangkat ke langit. Serasa saya, tidak sampai dua puluh orang yang boleh masuk ke dalam pada waktu yang sama. Kurang lebih di tengah-tengah Chapel, ada kesan tapak kaki manusia yang dikatakan kepunyaan Isa A.S. semasa mahu diangkat ke langit oleh Allah Taala. Wallahu'alam. Terlihat juga beberapa ekor burung merpati berehat di birai-birai tingkap kecil yang terletak tinggi di atas. Hai burung, adakah kau memahami apa yang dirasai aku ketika berada di situ? Adakah sebenarnya kau sendiri menyaksikan peristiwa itu?
Maha Besar Allah, bergetar jiwa saya lagi entah untuk yang keberapa kali!

Insha-Allah bertemu pada tujuh Ramadhan empat belas tiga puluh dua hijriah untuk kisah lanjut. Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan