Ohoi!
Ohoi uhuk uhuk!
Dah tak lama dah. Dah tak lama dah.
Kenapa debarannya lain macam? Debaran semalam tak macam ni langsung! Gulp.
Haha. Istighfar.
Insha-Allah sudah akan mula jihad baru. Sedang giat menyumbat beg supaya cukup tepu dan kedap udara! Okey tipu. Baru mula mengasingkan barang, acara sumbat-menyumbat belum bermula sedikit pun! How cool is that? T__T
Haha. Istighfar (lagi)!
Allahu Allah.
Malam semalam emosi sudah mula turun naik. Tengok langit, emo. Tengok rumput, emo. Tengok muka keluarga, emo. Tengok air paip, emo. Tengok bilik, emo. Tengok kucing, emo.
Pergh.
Persoalan pertama, akan terizinkah penghijrahan ini oleh Dia yang di langit?
Mungkin atau tidak, saya mati dulu sebelum berjaya melompat ke bintang?
Persoalan ke-dua, akan terizinkah untuk saya kembali ke bintang yang ini?
Mungkin atau tidak, saya mati dulu sebelum tarikhnya saya berangkat pulang ke pangkal jalan?
Woah~
Kerja Allah penuh rahsia. Kerja yang di langit memang mempersonakan!
Alhamdulillah. Atas apa sekalipun yang 'dikerjakan'-Nya.
Saya petik nota seorang adik di facebook. Menangis baca, okey!
Emo lagi.
Iaitu:
Syair dari Imam Al-Syafi’i (dipetik dari buku tulisan Oki Setiana Dewi: Cahaya di atas Cahaya)
Merantaulah…..
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampong halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah…..
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang
Singa jika tak tinggalkan sarang tak akan mendapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam,
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan…
“Apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung” (QS Al-Jumu’ah[62]: 10)
See? Menangis kan? T____T
Saya cuma mengharapkan redha Allah!
Akan ter-redha-kah saya oleh-Nya?
Bila situasi begini, jadi emo tak tentu hala. Setiap saat (konon) dihargai. Sedangkan, kenyataan hidup ialah setiap saat itu walau di mana sekalipun kita berada, MESTI dihargai! Kenapa tunggu nak pergi jauh baru nak menghargai? Kenapa tunggu dah sakit baru nak hargai? Kenapa tunggu dah mati baru nak hargai?
Manusia.
Saya lebih-lebih lagi!
Bermula Jumaat lalu, ayahanda dan bonda diuji Tuhan. Sekaligus, selaku anak mereka saya pun teruji sama. Habis semua perancangan dihanyutkan banjir di Kuantan! Eh??? Haha
[Konon kelakarlah tu? Ceh.]
Hasilnya, saya hari ini!
Berdebar. Dan tak bersedia (langsung)!
Over kan? m(_ _)m
Sedang cuba mengawal diri. Dan mengingatkan diri. Supaya menghargai setiap detik dalam hidup. Bukan sekadar bila (konon) nak pergi jauh tinggalkan yang di sini. Supaya tenang dan cool lagi macho, walaupun dalam hati dup dap dup dap.
Supaya percaya Allah. Percaya Allah tanpa ragu.
Allah kan ada? Apa nak risau?
Senang cakap, kan? Buat senang tak?
Senang je. Kalau kita betul mahu.
Sila jangan beralasan!
Kata saya kepada diri sendiri.
[ Insha-Allah amiin! ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan