Dengan nama Allah...
Bismillah...
Ya, saya tahu ada orang baca tulisan-tulisan saya di sini.
Statistik blog saya sentiasa turun naik.
Ada kurang lebih dua minggu sebelum saya melakukan hijrah saya.
Dan emosi saya macam statistik blog saya. >_<
Saya sempat selongkar blog ini. Dan tadaaaaa! Perasan tak? Perasan tak?
Ha? Tak perasan? Okay fine. T___T
Haha.
Saya mula menulis dalam blog nanaisseven ni sejak 2007.
2008.
2009.
2010.
2011.
Sekarang 2012.
Dah nak masuk 2013.
Woah~
Tak sangka sudah begitu lama.
Tapi... Tapi...
Mana pergi tulisan tahun-tahun sudah tu semua?
Jeng jeng jeng~ (background lagu suspen)
Alhamdulillah. Saya selesai meng-arkib-kan semua tulisan-tulisan saya. Insha-Allah, niat saya untuk tidak pandang ke belakang lagi. Sekali-sekala saya akan pandang, sebagai usaha mengutip ibrah yang Allah letakkan. Tapi untuk saya biar di sini, maaflah, tidak lagi.
Saya dalam proses berfikir-fikir samaada mahu arkibkan juga untuk tahun 2012. Tetapi setakat ini saya masih selesa semua tulisan itu dibiarkan dulu.
Dan saya tinggalkan tulisan sempena Ramadan 2011 dan juga tips menghafal Al-Quran.
Saya masih berhutang dengan sesetengah orang yang sedang menunggu Cerita Ramadan saya disambung. Juga sambungan tips menghafal Al-Quran yang saya ambil dari satu sumber.
Maaf kerana hutang saya belum terlangsai walaupun sudah di penghujung 2012. Allah!
Tolong jangan tuntut di akhirat!
Saya memandang penghijrahan saya kali ini sebagai satu agenda ummah. Bermakna, letak duduknya penghijrahan ini sangat penting di hati saya.
Okey, melalui cara saya mengarang ayat di atas, tentu orang dah nampak betapa seriusnya saya sebab ayatnya sungguh skema. Aha.
Saya juga sempat menyelongkar segala bagai kenangan di rumah.
Tahun-tahun saya membesar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Juga kenangan saya selalu pulang ke Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kadang saya tergelak besar.
Kadang saya tersedu-sedan.
Kadang saya tergamam kaku.
Macam-macam peristiwa telah saya lalui dalam siri hijrah sepanjang kehidupan saya.
Dan saya mula bertanya kepada diri saya; Apa yang telah aku buat untuk ummah setakat ini?
Hoh. Menangis. Tak banyak! T_T
Saya juga harus belajar untuk melepaskan. Saya banyak terbelenggu dalam kenangan-kenangan hidup yang lepas. Asyik mendidik diri; Sayang, jangan buang. Sayang ni, simpan.
Payah nak let go.
Sebab kita nak berhijrah, kita perlukan lepaskan masa lalu.
Saya suka menulis. Sejak zaman sekolah di Terengganu dan Pahang saya banyak menulis. Dan ya memang sayang. Tapi saya dah buang semua tulisan itu.
Percaya tak? Percaya tak?
T__T
Saya lihat bagaimana proses saya membesar dan belajar erti hidup.
Dan kebanyakannya agak memalukan. Saya sangat banyak beremosi dan mengikut hati.
Tapi, saya bersyukur saya menjadi saya hari ini. Bukan saya yang lebih teruk lagi.
I'm letting go all of them. All. Insha-Allah.
The things have to go. But the memories will stay with me.
Looking forward for the future, with additional people to be in the story line. Welcome, salam alayk!
Insha-Allah, learning from the past to grow a better future. (:
Allahu Allah. Thank you dear Allah for all these!!
Saya harap misi saya dalam dua minggu akan datang, dikabulkan Allah.
Kerja Tuhan kan penuh rahsia? Siapa tahu apa akan berlaku...
Nah. Lagu untuk sahabat-sahabat hayati.
Dan saya lebih-lebih lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan