Dengan nama Allah...
Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!
Gelak saya kepada diri sendiri.
Kelakar.
Sangat kelakar.
Kebanyakan tulisan-tulisan saya sangat kelakar.
Sebenarnya, adakah saya membawa sekurang-kurangnya satu manfaat apabila menulis di dalam blog ini?
Adakah kamu-kamu yang membaca terkesan secara positif dengan tulisan saya?
Kerana apabila saya membaca kembali tulisan-tulisan saya, saya 'terpaksa' ketawakan diri sendiri.
Saya melihat proses kematangan diri saya sendiri. Sejak saya mula menulis sekitar tahun 2007.
Kadang saya nampak bodoh. Kadang nampak jahil. Kadang nampak perasan bagus. Kadang nampak tak sedar diri.
Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!
Mungkin ada baiknya saya tidak memadamkan terus tulisan-tulisan ini.
Sebab, saya rasa lebih sedar diri bila melihat sendiri kekurangan diri sendiri.
Dan saya terus gelak sakan. Alahai diri...
Sedarlah diri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan