Foto satu: Seorang tua yang saya anggap orang alim Yahudi sedang khusyuk menekuni kitabnya sambil duduk di tembok tepi jalan. Sebaik turun bas saya lekas-lekas curi ketik kamera ke arahnya.
Foto dua: Tembok kawaasan Al-Quds dari pandangan luar. Saya gambari ketika dalam perjalanan masuk ke kawasan Wailing Wall, melalui Jewish Quarter.
Foto tiga: Antara pemandangan paling indah di hati saya. Ketika berjalan masuk, di sebelah kanan ini jelas tersergam kubah kusam Al-Aqsa. Hati saya yang telah lama tertawan jadi begitu cintakan Al-Aqsa. Temboknya, kubahnya, sejarahnya, masha-Allah! Jika saya berjalan terus lagi, di sebelah kanan akan bertemu dengan Wailing Wall yang sebenarnya bersambung dengan tembok Al-Aqsa ini.
Foto empat: Al-Aqsa lagi. Semakin jauh dari pandangan apabila saya berjalan lagi menuju ke Wailing Wall.
Foto lima, enam dan tujuh: Di sebelah kiri pula terdapat bangunan-bangunan ini yang pada pandangan saya adalah pusat pentadbiran dan pengurusan agama bangsa mereka. Binaannya lebih moden dan tersusun berbanding tembok lama Al-Quds. Tetapi warnanya tetap sama!
Foto lapan: Antara orang-orang alim Yahudi yang sempat saya gambari. Barangkali ini antara pangkat ustaz dan paderi dalam agama mereka. Saya tetap punya rasa hormat pada mereka.
Dengan nama Allah...
Sudah hampir selesai satu per tiga Ramadhan tahun empat belas tiga puluh dua hijriah.
Kembara muhasabah saya hakikatnya masih belum selesai. Saya masih dalam perjalanan sehingga ke saat ini. Dan saya juga mengharapkan penghijrahan saya yang bermula sejak berminggu-minggu yang lalu akan membuah hasil lumayan untuk masa depan saya, dan terutamanya hidup saya sesudah dikambus tanah nanti. Entahkan lambat, entahkan sekejap lagi. Saya du'akan kesudahan skrip cerita hidup saya sampai terbaring enam kaki di bawah tanah nanti adalah dalam keadaan gembira. Itupun kalau kesudahan saya begitu. Seandainya Allah yang lebih mengetahui menentukan kesudahan saya nanti tanpa jasad untuk ditanam oleh ahli keluarga, saya juga tahu saya harus redha. Apapun keadaannya, saya harus berusaha untuk mendapat kesudahan yang baik.
Semasa dalam perjalanan ke kawasan Al-Quds, fikiran saya menerawang lagi. Ya, mungkin saja saya ini kuat berangan! Saya selalu cuba membayang-bayangkan bagaimana keadaannya Jerusalem ini bertahun-tahun yang lampau? Bagaimana pula keadaannya semasa The Crusaders datang mengacau dan tentera Muslimin bertahan? Saya terbayang pula keadaan Bethlehem, Al-Quds dan tempat-tempat sejarah lain. Kemudian saya terfikir pula, andainya saya hidup tika itu, adakah saya akan turut berjuang dari sisi muslimah atau saya hanya si pengecut yang berlindung di balik bukit? Allah... Bergetar jiwa saya membayangkan keadaan perang dan kekacauan yang belum pernah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri melainkan demonstrasi jalanan di Tanah Pusaka yang sepatutnya tidak perlu berlaku pun!
Nota tambahan:
Teringat cerita Hj. Ayob yang asli Temasek semasa kuliyyah pimpinannya. Kecewa sungguh Hj. Ayob dengan Melayu-Islam di Tanah Pusaka. Katanya, kalau di negeranya yang bertaraf sepupu dengan negara kain biru-putih, Melayu-Islam hanya minoriti dan jadi pak turut. Beliau hantar anaknya belajar jauh ke luar negara dengan duit titik peluhnya sendiri. Berpuluh ribu SD beliau laburkan untuk pendidikan anaknya. Katanya, Melayu-Islam Tanah Pusaka tak sedar diri barangkali, dibantu kerajaan dengan beratus ribu MYR, siap dengan belanja lebih untuk anak-anak perantau pergi cuti ke serata Eropah semasa cuti semester. Anak-anak Melayu-Islam di Temasek harus sara diri sendiri, kalau bukan keluarga yang bantu, diri mereka sendiri berkerja untuk menanggung kos biaya pendidikan dan hidup di perantauan. Hak-hak Melayu-Islam masih berkontena berlori berbakul di Tanah Pusaka sedang mereka di Temasek makan hati hari-hari dengan sepupu negara kain biru-putih. Bila Hj. Ayob lihat sendiri keadaan manusia berkopiah bersongkok berkulit sawo matang duk bergegak-gempita di jalanan sampai flightnya dari tanah Temasek tertangguh dan lambat sampai ke Ibu Kota, beliau sendiri geleng kepala. Apakah orang Melayu-Islam di Tanah Pusaka sudah tidak punya cara lain? Ikhtiar terakhir agaknya ya? Katanya lagi, agaknya, agaknyalah, nak tunggu Tanah Pusaka jadi seperti Temasek dan bersepupu juga dengan negara kain biru-putih barulah orang-orang Melayu-Islam di Tanah Pusaka nak sedar ya? Agaknya, agaknyalah, nak jadi macam Palestinians yang terjajah di bumi sendiri, barulah kita nak sedar ya? Allahu akbar, cantik benar pencerahannya!
Nota tambahan:
Teringat cerita Hj. Ayob yang asli Temasek semasa kuliyyah pimpinannya. Kecewa sungguh Hj. Ayob dengan Melayu-Islam di Tanah Pusaka. Katanya, kalau di negeranya yang bertaraf sepupu dengan negara kain biru-putih, Melayu-Islam hanya minoriti dan jadi pak turut. Beliau hantar anaknya belajar jauh ke luar negara dengan duit titik peluhnya sendiri. Berpuluh ribu SD beliau laburkan untuk pendidikan anaknya. Katanya, Melayu-Islam Tanah Pusaka tak sedar diri barangkali, dibantu kerajaan dengan beratus ribu MYR, siap dengan belanja lebih untuk anak-anak perantau pergi cuti ke serata Eropah semasa cuti semester. Anak-anak Melayu-Islam di Temasek harus sara diri sendiri, kalau bukan keluarga yang bantu, diri mereka sendiri berkerja untuk menanggung kos biaya pendidikan dan hidup di perantauan. Hak-hak Melayu-Islam masih berkontena berlori berbakul di Tanah Pusaka sedang mereka di Temasek makan hati hari-hari dengan sepupu negara kain biru-putih. Bila Hj. Ayob lihat sendiri keadaan manusia berkopiah bersongkok berkulit sawo matang duk bergegak-gempita di jalanan sampai flightnya dari tanah Temasek tertangguh dan lambat sampai ke Ibu Kota, beliau sendiri geleng kepala. Apakah orang Melayu-Islam di Tanah Pusaka sudah tidak punya cara lain? Ikhtiar terakhir agaknya ya? Katanya lagi, agaknya, agaknyalah, nak tunggu Tanah Pusaka jadi seperti Temasek dan bersepupu juga dengan negara kain biru-putih barulah orang-orang Melayu-Islam di Tanah Pusaka nak sedar ya? Agaknya, agaknyalah, nak jadi macam Palestinians yang terjajah di bumi sendiri, barulah kita nak sedar ya? Allahu akbar, cantik benar pencerahannya!
Ayuh sambung...
Jujur kata, saya sendiri tidak pasti ketika tiba di kawasan The Old City (kawasan sekitar Al-Aqsa dan gereja-gereja yang ada), saya melalui gate yang mana satu. Terlalu besar kawasannya ibarat kawasan An-Nabawi atau Al-Haram yang punya banyak gate dan banyak pintu. Mungkin saja saya melalui Dung Gate atau Zion Gate, di bahagian Armenian Quarter dan Jewish Quarter kerana seberapa lama berjalan saya langsung terlihat kubah biru Al-Aqsa di sebelah kanan dan kemudian bertamu langsung ke kawasan The Wailing Wall di kawasan Western Wall. Atau mungkin saja telah melalui Jaffa Gate. Hati saya kuat menyatakan bahawa saya telah melalui Dung Gate, kerana seingat saya Wailing Wall terletak hampir dengannya.
Apa itu Wailing Wall?
Mudah. Tempat orang Yahudi tunai haji!
Saya boleh berbangga dengan agama yang saya anuti dan saya sangat berbangga dengan kekuasaan Tuhan yang saya percayai. Kerana Allah Taala satu-satunya Tuhan kita, boleh mendengar du'a kita di mana-mana saja kita berada hatta dengan berdu'a di dalam hati sekalipun. Berbeza dengan kebodohan Yahudi yang berdu'a cara tak masuk akal dan jelas nyata Tuhan mereka sebenarnya bukan Tuhan. Faham? Tidak ya?
Begini, orang-orang Yahudi berdu'a dengan menuliskan hajat atau du'a mereka pada kertas lalu diselitkan di celahan batuan tembok di kawasan Wailing Wall. Kemudian tersengguk-sengguk terangguk-angguk mereka meratap pada Tuhan mereka yang sebenarnya tidak ada itu. Saya punya rakaman video aksi kebodohan mereka! Insha-Allah satu hari nanti akan saya kongsikan. Maaf kata, saya terlalu merasai kebodohan itu kerana masakan Tuhan tidak dapat faham du'a hamba-Nya kalau tidak ditulis? Tuhan jenis apakah itu? Allah, kejamkah saya mengutuk sebegini?
Sejak turun dari bas saya sudah bercita-cita untuk bergambar bersama 'orang alim' Yahudi yang selalu berseluar dan ber-suit labuh warna hitam, bertopi tinggi hitam dan berambut panjang dengan sedikit rambut seolah digentel-gentel panjang di kedua-dua belah telinga.
Jejak saja kaki ke tanah, saya lihat seorang tua yang begitu khusyuk membaca kitab entah apa, duduk di atas tembok rendah berdekatan bas. Saya teringat-ingat pula bahawa ada kalangan mereka yang ortodoks, yang begitu kolot dan haram bergambar dengan perempuan kerana perempuan dianggap hina apatah lagi ketika dalam keadaan haid. Saya padamkan terus niat awal untuk bergambar dengannya lalu curi-curi menggambarinya dari jauh.
Sayu juga hati, kerana saya amat menyukai susuk tua seperti itu. Saya selalu membayangkan hari tua saya (itupun kalau saya sempat tua) dan membayangkan pula kasih sayangnya seorang tua kepada anak-anak muda seperti saya. Ya Allah, hidayah itu milik-Mu. Sampaikanlah hidayah itu kepada orang tua itu dan kaum-kerabatnya. Janganlah sempitkan lagi hati mereka dengan kegelapan tanpa cahaya kasih sayang agung-Mu!
Apabila berjalan melewati tembok Al-Quds dari sebelah luar, saya membayangkan pula bagaimana proses pembinaan tembok-tembok dan bangunan-bangunan kawasan ini. Masha-Allah, teknologinya pasti sudah canggih dan terpakai ketika itu sehingga bongkah-bongkah batu sebesar itu dapat disusun tinggi dengan cantik sekali berkaki-kaki ke atas.
Masuk sahaja kawasan itu, di sebelah kanan sudah terlihat sergam Al-Aqsa. Masha-Allah! Ini masjid berganda lima ratus jika beramal di dalamnya!
Sebelah kiri, bangunan yang lebih berciri moden dan tersusun yang antaranya adalah World Center and Family of Canada Building, terdiri di sepanjang jalan. Seperti biasa, kain biru-putihnya dan serampang berpacak sembilan bangga ditayang-tayang nun di atas bangunan tinggi konon menghiasi langit biru dan kusamnya batu-batu coklat bangunan.
Terlihat pula kawasan Wailing Wall di sebelah kanan, yang sebenarnya the Buraq Wall yang bersempadan dengan Al-Aqsa. Jadi, kamu faham sekarang mengapa Yahudi begitu mahu menakluk Al-Aqsa? Ini antara sebabnya!
Mr. Hisyam sempat bercerita ini itu sebelum melepaskan kami menghayati sendiri kebodohan orang-orang Yahudi yang sedang 'menunaikan haji' di Wailing Wall. Oh yeah, you read it right! TEMBOK MERATAP barangkali kalau kita terjemahkan ya? Mr. Hisyam juga mengingatkan bahawa kawasan itu kawasan suci orang-orang Yahudi. Sebagaimana kita mahu Tanah Suci termasuk Haram As-Syarif yang menempatkan Al-Aqsa dihormati, kita juga harus menghormati kawasan suci mereka. Saya tidak bantah langsung, kerana saya punya pendirian yang sama. Lagipula, harus kita menunjukkan akhlak yang baik kalau mahu dihormati sebagai agama paling suci dan satu-satunya yang benar. Mr. Hisyam mengingatkan jangan masuk sampai ke dalam kawasan tempat ibadat mereka dan mendekati Wailing Wall itu. Kerana sebenarnya adalah satu penghinaan bagi mereka kalau orang-orang bukan Yahudi terutamanya yang lelaki tanpa kopiah kecil di kepala masuk ke kawasan itu.
Namun, kecewanya saya, ada juga jemaah terutamanya yang perempuan yang degil dan sedikit sombong dengan ingatan Mr. Hisyam. Mereka masuk juga ke kawasan itu dan sibuk bergambar sini sana. Maaflah, saya tahu keterujaan itu kerana saya juga berada di situ. Tapi tolonglah, kita berada di tempat orang (dan orang yang begini pula!) maka kita ikutlah kata-kata ingatan ketua rombongan kita yang lebih arif dan tahu keadaannya.
Saya hanya menggambari dari luar, malah terjenguk-jenguk pula dari pagar yang diletakkan sebagai sempadan kawasan suci mereka. Masha-Allah ramai sungguh penganutnya. Meja dan kerusi penuh di bahagian itu, untuk mereka tulis du'a-du'a mereka dan kemudian ke hadapan tembok untuk meratap-ratap pula setelah diselit du'anya di tembok tinggi itu. Saya tertanya pula, sudah bertahun-tahun amalan ini dibuat, maka kertas-kertas yang sudah lama teperuk di situ siapa yang alihkan? Tak mungkin dibiarkan saja sampai qiamat, kan? Sebab sudah tentu penuh dan melimpah-limpah du'a taat setia para Yahudi seluruh dunia ya?
Alahai Yahudi.
Kami umat Islam tak perlu mengutip kembali kertas du'a kami. Du'a kami sampai terus kepada Yang di Langit tanpa ada perantaraan hatta malaikat sekalipun. Cinta kami kepada Tuhan kami, bukan disampaikan di atas kertas!
Cinta kami kepada Allah S.W.T. - The One and Only God - boleh kami sampaikan direct kepada-Nya walau dalam keadaaan sakit terbaring sekalipun!
Masihkah kamu, wahai Yahudi, mahu menafikan keagungan Islam hanya kerana kamu marah Muhammad S.A.W. - Our last prophet and messenger of Allah - bukanlah dari bangsa kamu?
4 ulasan:
as-salam.
akak gi palestin sensorang ke?
Salaam alayk.
Eh tidak dik. Dengan jemaah yang ada antaranya memang sudah saling kenal, ada yang baru kenal, dan ada yang sampai berpisah pun tak kenal-kenal.
Dipimpin seorang muslimah dari Singapura. (:
salam. sgt best dan jeles..
suke bace pengalaman nie..=)
Salaam kembali.
Insha-Allah, saya du'akan saudara-saudara saya yang lain akan diizinkan Allah untuk bertamu di ketiga-tiga tanah suci kita. Amiin. (:
Terima kaseh kerana sudi membaca dan berkongsi. Teruskan lagi, kalau sudi, kerana masih banyak yang belum saya publish tentang pengalaman semua ketiga tanah suci kita. (:
Catat Ulasan