Selasa, 11 Jun 2013

Japan: 1st week being a gaikoku-jin

Bismillah...

31 Disember 2012
Kyoto, Jepun


Letak kotak ni dalam 'bilik melepak', makanan, minuman dan etc etc. Amanah! Dah ambil food or drinks, bayar! Nobody is watching you except well... you know who! The greatest CCTV on earth! Ambil ibrahnya. Humanity restored. Based on trust, and being amanah.


Alhamdulillah, 2013.


Pertama kali di luar rumah.



Orang mereka merayakan dengan 'berdu'a' di shrine/temple. Kemudian makan-makan dengan keluarga di gerai-gerai sekitar. Anak-anak kecil pun bersama. Tidak ada konsert langsung. Selamat qiam kepada semua Muslim! Ambillah yang baik daripada budaya mereka. 



Saya sedang bersabar dengan bau-bauan makanan di sini. Sedapnyaaaaa...





Sibuk membaca ramalan. Ada yang menangis ada yang ketawa sakan. Berjalan pimpin tangan sambil hopping pun ada. Kemudian diikat kertas putih di tali yang tersedia. 


Sejuk sangat malam ni. 0 degree. Betapa saya menghargai cuaca panas di bumi Malaysia! Allah Allah!

Selamat tahun baru semua!


4 Januari 2013


The best so far.


Masha-Allah Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Waking up seeing this, is awesome! Despite the fact that I am in a huge busy city and this residential area is surrounded by modern buildings and facilities. The squeaky sounds of the wood when I walk around the house, the sliding doors and futon, made this place even more Japanese. Ohoi~

Oshin is in the house! Haha


5 Januari 2013


Saya sudah bertemu dengan lima orang sahabat Jepun setakat ini dan hampir setiap pertemuan saya lambat tiba ke destinasi pada waktu yang dijanjikan. Samaada kerana sesat, ataupun kerana tidak cam mana satu orangnya. Sebagai seorang Islam, saya malu dengan kelemahan saya. Apatah pula, mereka begitu komited untuk datang bertemu saya dan membawa saya ke tempat-tempat yang saya mahu dan mereka tahu. Malah mereka begitu peka dengan keperluan saya sebagai seorang Muslim terutamanya dalam mencari makanan halal. 


Ada juga yang memberi ruang di rumahnya untuk solat, dan memerhatikan cara solat orang Islam diikuti dengan soalan-soalan cepumas.

Saya mendu'akan kesemua mereka diberi Allah peluang untuk masuk ke syurga hakiki, sebagai seorang Muslim yang lebih baik daripada saya. Dan dapat kehidupan yang lebih diredhai.

Naik ke Tokyo Tower, masha-Allah... Ada orang belanja, Alhamdulillah. (:


Yatta!


Alhamdulillah! My very first mosque after a week! Ini masjid idaman yang asyik berangan nak pergi. Misi berjaya Alhamdulillah!



Penat berjalan hampir 3km dari Shibuya terus lenyap bila ternampak menara masjid dari jauh. Saya sengaja memilih untuk berjalan kaki dari station utama yang jauh untuk merasai sendiri perasaan bermusafir begini.

Sesat, penat, sejuk, lapar, semua berpadu. Tapi, Allahu Allah, seronoknya melihat bangsa Jepun solat dan berdu'a.

Tolong semua du'akan saya, menjadikan tempat ini tempat lepak paling utama.


6 Januari 2013


Jam 6.30 petang tadi secara rasminya saya berseorangan.


Kami berpisah di Hamamatsucho Station, saya balik ke rumah dan mereka ke Haneda Airport menaiki monorail. Insha-Allah penerbangan mereka balik ke Malaysia dalam kurang lebih 2 jam lagi.



Maka bermulalah misi saya dengan lafaz bismillah...

Saya tinggal bersama sahabat-sahabat berlainan bangsa, negara dan agama. Cabarannya? Banyak! Pagi tadi buat pertama kalinya saya diberi kunci rumah dan bilik, pindah masuk dan mula beremosi yang macam-macam.

Saya bercita-cita untuk menjadikan perjalanan saya untuk beberapa bulan yang akan datang ini sebagai sebuah perkongsian, dan mengharapkan du'a serta sokongan sahabat-sahabat apatah lagi keluarga. 

Seminggu yang lalu saya tiba di sini masih dalam keadaan selesa. Dan hari ini Shahrizin Bin Abdul Latiff dan Mohd Faidzal Md Hassim meninggalkan saya setelah seminggu menemani saya. I'm not in my comfort zone anymore and so this is the mission I'm heading for. Dengan nama Allah!

Tolong jangan jemu du'akan saya.

Saya mahu jadi Muslim yang kuat, walaupun berseorangan.

Insha-Allah, ini semua untuk ummah yang saya cintai. Dan untuk jannah hakiki.

[Taken from my facebook]

P/: Too lazy to write, huh? Duh.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah lamanya tak update...

Si Perempuan Melayu... berkata...

Kena dahulukan yang lebih penting dulu! (: Insha-Allah, akan lebih rajin menulis! (^___^)/ insha-Allah!

TheSinnerWhoRepent berkata...

Masjid Jamii? Camii?

Si Perempuan Melayu... berkata...

Tokyo Camii.

Rasanya sebutannya sama saja macam Masjid Jamek. (:

Turkish mosque. Bahasa Turki. Wallahualam.

Diyana