Dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui...
Baru-baru ini saya telah membuat keputusan drastik.
Keputusan saya yang tiba-tiba itu berikutan keperluan keluarga yang sangat-sangat perlu saya utamakan.
Berderai juga air mata.
Waktu itu, saya rasakan dunia berpusing-pusing, tunggang-terbalik. Tak tahu mana yang betul, mana yang kurang penting.
Tapi saya redah juga.
Akhirnya, sekarang ini, sudah pun kurang lebih sebulan saya menjalani hidup 'baru' dengan keputusan itu.
Ada turun naiknya dalam dada.
Kadang rasa lega, kadang menyesal, kadang rindu, kadang payah, kadang tenang, kadang keliru. Macam-macam!
Yang saya tahu, saya perlu redah (lagi).
Umpama traffic jammed.
Nak sampai ke destinasi, kena harung juga. Dua-tiga jam pun, lantaklah, kena harung!
Ayah selalu pesan waktu mahu hadapi peperiksaan sejak zaman sekolah hinggalah ke universiti, best atau tak best, stress atau tak stress, nervous atau tak nervous, suka atau tak suka, kena hadapi juga.
So, why not make the best out of it?
Buat yang terbaik. Benci atau suka, gementar atau yakin, tahu atau kosong. Buat saja yang terbaik. Beri yang terbaik. Beri habis-habisan.
Hidup pun begitu, bukan?
"Go go! You can do it insha-Allah!"
Kata saya kepada diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan