Dengan nama Allah...
Kebelakangan ini, hidup saya sudah jauh menyimpang daripada perkara pokok yang saya cintai.
Saya sudah sangat jarang menulis. Sudah tidak ada puisi hati atau tulisan-tulisan monolog.
Saya sudah sangat jarang melukis. Sudah tidak ada contengan jiwa atau lukisan-lukisan travelog.
Jiwa saya sudah tidak bermusika. Saya sudah tidak ada masa menyentuh alat musik dan menyanyi-nyanyi lagu Tuhan.
Jasad saya sudah tidak berlari-lari. Saya sudah tidak ada masa menyarung kasut putih merah dan berlari-larian berpayungkan langit tercinta.
Malah saya sudah tidak ke mana-mana. Hanya syurga dunia, ladang pahala, dan kemudiannya dua-tiga majlis ilmu yang sempat saya hadiri. Bila sempat.
Buku-buku saya di khutubkhanah peribadi, sudah sarat berhabuk. Saya sudah tidak lagi membaca. Ada buku-buku baru yang saya sambar di kedai atas talian, sampai ke rumah dan masih tidak disentuh langsung.
Saya seakan telah meninggalkan semuanya.
Allahu Allah.
Saya sudah tidak senang hati.
Sebenarnya, apa yang saya cari dalam hidup ini?
"Cuma mahu menjadi seorang biasa-biasa yang luar biasa. Bukan seorang luar biasa yang biasa."
Sabtu, 28 April 2012
Isnin, 23 April 2012
Draft ---> Publish
Dengan nama Allah...
Sudah agak lama tak check blog, apatah lagi menulis.
Errr... Beberapa minggu itu kira lama, kan?
Insha-Allah. Coming soon. Banyak perkongsian dalam draft, tapi belum ada kekuatan mahu terbitkan.
Allahu Allah. Semoga Allah pelihara hati saya.

Ahad, 18 Mac 2012
Everything must come to an end...
Dengan nama Allah...
Hidup. Akan mati.
Jalan. Akan berhenti.
Nyala. Akan padam.
Apa sekalipun, akan sampai penghujung.
Baru-baru ini saya sempat singgah ke tempat saya mengaji selama empat tahun. Sebuah tempat yang telah mengajar saya bermacam-macam jenis ilmu. Ilmu perniagaan. Ilmu persahabatan. Ilmu politik. Ilmu kesenian. Ilmu kehidupan.
Saya menjadi begitu emosional pada suatu petang, ketika tawaf keliling tempat pengajian saya itu. Saya memandu dengan begitu perlahan, menyaksikan flash back kenangan kehidupan empat tahun saya di situ. Saya gelak sendiri ketika melalui tempat-tempat gembira, dan bergenang pula air mata melihat tempat-tempat yang mengingatkan saya kepada perkara-perkara kurang bijak yang pernah saya lakukan.
Rindu.
Kemudian keesokan harinya sempat lagi bertandang ke sana bertemankan rasa rindu yang masih belum kebah. Saya sempat berjumpa banyak sahabat. Saya melihat adik-adik saya sedang melalui apa yang telah saya lalui. Walau sebuah lagu sekalipun, membuatkan saya cukup sebak mengimbas kehidupan saya yang selama empat tahun itu.
Saya sekarang, bukan saya yang dulu lagi. Saya sudah jauh meninggalkan apa yang pernah saya hidupkan di sana.
Sahabat-sahabat saya juga sudah tidak sama. Masing-masing sudah lebih memahami kehidupan. Masing-masing ada penyesalan dalam kehidupan. Dan ada rasa syukur yang masih menebal atas kurniaan kehidupan yang masih lanjut ini.
Ada suatu saat saya berdiri di tengah-tengah sahabat-sahabat saya, yang saya rasakan sudah semakin jauh kerana tuntutan kerja dan kehidupan masing-masing, kemudian saya tergamam. Betapa masa telah berlalu dan walau bagaimana hebat sekalipun rasa rindu saya pada kehidupan yang empat tahun itu, saya tidak mungkin boleh kembali ke masa lalu itu. Saya perlu teruskan yang sekarang.
Allahu Allah.
Mengucapkan selamat tinggal bukanlah satu hobi saya. Saya benci akan perpisahan. Tetapi itulah kenyataan kehidupan yang tidak boleh tidak, saya mesti terima.
Hakikatnya semua orang di sekeliling saya akan mati. Atau, saya yang mati dulu. Perpisahan pasti akan terjadi, tidak kira bagaimana sekalipun caranya.
Baru-baru ini juga saya menemui satu hikmah yang besar apabila kembali berhubung dengan seorang sahabat lama. Sahabat ini menyebut; kita telah terlepas pandang.
TERLEPAS PANDANG.
Makan dalam sungguh kata-katanya itu. Selama ini kami ada satu sama lain, tetapi kerana terlalu sibuk dengan kehidupan masing-masing, kami seakan-akan tidak menyedari kewujudan satu sama lain. Nah kini, Allah telah menyedarkan kami. Saya kira, Allah tentu menyayangi kami dan mahu kami menghargai satu sama lain.
Saya berikrar untuk tidak terlepas pandang lagi.
Saya mahu menghargai apa yang saya ada sekarang. Saya mahu menghargai orang-orang yang wujud di sekeliling saya sekarang. Saya mahu jadi manusia yang kurang mengeluh dan lebih banyak mensyukuri.
Saya mahu jadi manusia yang tersenyum ketika cuaca panas, walaupun mungkin badan melekit dengan peluh dan tenaga seolah disedut keluar.
Saya mahu jadi manusia yang tersenyum ketika hari hujan, walaupun mungkin basah kuyup dan terjatuh dalam lopak air.
Saya mahu jadi manusia yang tersenyum ketika gelap, walaupun mungkin kaki tersadung kaki kerusi dan terjelupuk di atas lantai.
Saya mahu jadi manusia yang tahu menghargai.
Saya mahu jadi manusia yang memandang semuanya dari sudut kebaikan.
Kerana saya tidak mahu menjadi seperti sekarang. Perasaan kesal apabila merindui masa silam saya kerana sedar bahawa terlalu banyak yang saya sia-siakan.
Saya rindu.
Saya rindu semuanya.
Saya mohon Allah pelihara hati saya. Bukakan mata saya kepada hikmah-Nya. Peringatkan saya apabila saya leka dan terlupa. Kasihani saya ketika saya berperasaan seperti sekarang. Redhakan saya untuk melepaskan kenangan tanpa rasa kesal.

Isnin, 12 Mac 2012
Hipokrit!
Dengan nama Allah...
Kadang-kadang rasa sungguh hipokrit!
Kadang-kadang rasa sungguh hipokrit!
Label:
Tentang Si Perempuan Melayu
Ahad, 4 Mac 2012
Kena istiqamah lah!
Dengan nama Allah...
Ustaz pesan, kena istiqamah menulis. Setiap hari mesti tulis.
Payahnya. T_T
Mungkin akan wujudkan blog lain untuk menulis secara istiqamah. Lagipun perlu fokus pada perkara pokok. Tak perlu tamak mahu tulis tentang semua perkara. Perlu ada identiti. Dan yang paling penting, bukan tentang peribadi.
Ah. Mungkin saja. Insha-Allah akan fikirkan fakta ini. Terima kaseh ustaz.

Langgan:
Catatan (Atom)