Dengan nama Allah...
*Perbualan berikut pada asalnya berlangsung dalam bahasa Inggeris, diubah menjadi BM tidak formal untuk (konon) meng-cool-kan jalan cerita.
*Borak borak borak*
*Masuk topik agama*
Cik Na: Islam terbaek wokkkk!
Inche Ma: Apsal pulok? Mana tau?
Cik Na: Eh, tau lahhhh. Serius. Terbaik sekali. Tanpa ragu. (Sambil buat muka serius tapi tetap senyum)
Inche Ma: Mana boleh. Seumur hidup kau Muslim. Ada cuba try test agama lain ke? Tak, kan? Mana aci buat kesimpulan Islam yang terbaik!
Cik Na: Haaaa... Itu yang kau tak nampak. Aku nampak. Kau tak rasa. Aku rasa.
Inche Ma: That is ignorant, babe! Tak adil kot. Mana tau kat celah negara tak popular ada satu agama lain yang serius cool? Tak setuju! Bantahan yang arif!
Inche Na: Tak perlu cuba yang lain pun, aku tetap rasa Islam terbaik. Aku tak kata agama lain tak baik. Aku cuma kata agama aku yang terbaik. Dan aku tak kata aku terbaik. Aku kata agama aku terbaik. Haaa... (Sambil angkat-angkat kening)
Beliau buat muka tak puas hati.
Inche Ma: Hish. Aku cuba cari agama yang best tapi setakat ni aku tak jumpa pun lagi. Kau pulak yakin sangat konon agama kau champion! Chet.
Cik Na: Eh of course. Sebab tu aku kata agama aku terbaik. Hehe. Keyakinan tu datang dengan magicnya. Kan champion tu? Aku rasa kau cari tempat yang salah. Sebab tu kau tak jumpa lagi.
Inche Ma: Dah tu, kau nak aku cari kat mana?
Cik Na: Keliling kau.
Inche Ma: Kau?
Cik Na: Termasuk aku lah. Aku pun termasuk dalam 'keliling kau'. Tapi aku cuma nak kau tau, aku ni bukan orang yang terbaik untuk kau rujuk soalan-soalan ajaib kau tentang Islam. Kau kena ada banyak sumber. Bukan aku je. Aku ni kadang jalan terlanggar batu, kadang tersalah naik train. Aku manusia biasa beb...
Beliau meneruskan tembakan soalan-soalan bernas tentang kepercayaan dan keagamaan.
Fuyoh. Diorang ni semua soalan bernas habissssss. Tapi masih tak 'nampak'. Benar sungguh... Taufiq hidayah tu dari langit kan?
Inche Ma: Kau, kalau kau lahir bukan sebagai kau sekarang... Misalnya kau lahir sebagai aku, kau tetap juga akan rasa Islam tu terbaek ke wokkkk?
Tu diaaaa... Soalan cepucemas sekali lagi.
Cik Na: Pertama, aku tak suka perkataan 'kalau'. Ke-dua, persoalannya bukan benda yang tak jadi atau takkan jadi, tapi benda yang dah jadi. Ke-tiga, kalaupun aku lahir sebagai kau, aku nak 'disatukan' dengan Islam lepas aku tanya soalan-soalan macam yang kau tanya sekarang.
... Dan Inche Ma, keturunan Jepun yang tak berapa Jepun meneruskan asakan soalan-soalan pop kuiz tentang keTuhanan dan kepercayaan.
Cemas beb. Cemas. Aku harap aku tak jadi duta Islam yang buat press conference cakap merapu. Semoga Dia, beri ilham yang cool untuk aku buat orang yang tak tahu, jadi tahu.
Cik Na: ... Tapi beb, aku suka kau tanya. Sebab aku tak suka orang yang tak tanya tapi suka hati anggap itu ini. Kadang aku menyampah juga kau punya soalan semua suka provok aku. Tapi daripada kau tak tanya dan kau buat kesimpulan sendiri tentang Islam, baik kau tanya kan?
Inche Ma: Tau pun. Kau yang kata agama kau cool habis. So... Jawab jangan tak jawab! (Sambil angkat-angkat kening)
Inche Ma: Ni lagi satu aku nak tanya... Gay tu diterima ke dalam Islam? Kawan baik aku gay weh. Dia sama agama dengan kau.
Gulp. Aku telan air liur lagi.
Sama... Tapi tak serupa kot???
Okey, esok pergi cari Quran terjemahan Jepun dan Inggeris untuk hadiah kepada diorang yang suka tanya soalan bernas macam ni semua.
Allah Allah... T_T