Rabu, 19 Jun 2013

Japan: 1st month being a gaikoku-jin

Bismillah... 

13 Januari 2013

Cobaan memanah senyuman manis bergula jenama Islam ke jiwa separuh penuh askar putih-merah, diiring semangat juang berbahasa tanah airnya. Payah... Tapi kita boleh!



14 Januari 2012


Allahu Allah.

Semalam bila saya tengok ramalan kaji cuaca untuk hari ini, sepatutnya hujan.

Sejak pagi tadi memang hujan. Dan sekarang salji turun dengan lebat. 

Sebenarnya Tokyo jarang-jarang bersalji tebal. Dan hari ini kami dikurnia salji dengan banyak.

Lihatlah, bagaimana Allah mengatur kejadian. Kita merancang, Dia juga merancang. Saya merancang untuk keluar membeli boots dan mungkin jacket. Tapi kerana hujan ais putih begini, maka saya batalkan saja cita-cita itu.

Oh yang bagusnya, hari ini cuti am. Orang-orang di tanah air sila jangan cemburu. Hehe




15 Januari 2013 


Banyak hikmah dan ibrah yang saya dapat sepanjang semalam dan hari ini apabila menyaksikan (dan merasakan) sendiri Tokyo dilanda salji.

Salji turun dengan sangat banyak, angin kuat dan suasana sangat sejuk sejak pagi semalam hingga lewat malam. Saya tidur sekitar jam 1 pagi dan seawal itu warga Jepun keluar untuk menyodok salji supaya urusan mereka pagi ini berjalan lebih lancar.

Pagi ini saya berjalan ke kulliyyah, jalan sudah mula lebih snow-free dan sangat banyak orang-orang tua sedang menyodok salji di tepi-tepi jalan. Kebanyakan train tidak berfungsi pagi ini sehingga kurang lebih 9 pagi. Nampaknya warga Jepun bertungkus-lumus membersihkan tracks untuk jaringan pengangkutan awam sejak malam tadi. Bayangkan salji yang turun selama berjam-jam, mereka berjaya bersihkan sekadarnya untuk memastikan perjalanan kemudahan awam berjalan lancar pagi ini.

Saya juga telah terjelupuk jatuh sekali malam semalam apabila naik ke rooftop untuk menggambari suasana kawasan perumahan saya. Perasaannya? Bersyukur. Sebab Allah pilih saya untuk jatuh semasa berjalan macam penguin di atas salji.

Terasa macam jatuh di atas awan masha-Allah.

Dan berjalan seperti sedang meluncur ais! 

Saya kira, sekiranya orang-orang Jepun mengenali Allah dan mencintai Allah, salji begini tentu dapat memadamkan kepanasan api neraka yang bakal membakar jiwa-jiwa separuh penuh mereka (dan kita).

Kita terlalu bodoh, kalau kita melihat kebesaran Allah tanpa mengakui kebesaran itu milik-Nya semata.

Agaknya, seindah mana syurga hakiki, kalau dunia sudah seindah ini?



29 Januari 2013

It has been a month, and I'm so grateful for everything.

These are some of my new wonderful friends. We talk nothing but Japanese (some English too actually). Well, at least we try to! (Or we use sign language! Haha). Brilliant creatures of Allah, aite? So different but able to understand each other! Allahu!

Tomorrow will be a new day for us, we might not be in the same class anymore! Aigooo~

Semoga Allah, tempatkan kami di tempat yang selayaknya. Dan redhai ilmu-ilmu yang kami hadam ini, bersama tautan ukhuwah yang makin menyenangkan. Semoga saya yang satu-satunya sudah Muslim, menjadi cahaya yang boleh diteladani mereka. Payah, tapi boleh. Insha-Allah.

Esok. Berdebar. m(_ _)m Gulp.



[Taken from my facebook]

4 ulasan:

M.Sya.R berkata...

fuiiyyoooooo

Si Perempuan Melayu... berkata...

Uhuk uhuk *batuk*

TheSinnerWhoRepent berkata...

Assalamualaikum. Sy dr Malaysia.plan ke Jepun thn hadapan.InsyaAllah. Boleh sy tahu, adakah makanan Jepun yg halal d sana?

Si Perempuan Melayu... berkata...

Waalaikummussalam wa rahmatullah!

Makanan Jepun yang halal?
Jawapan saya, tak ada makanan Jepun yang 100% halal. Sebab alkohol dan lemak babi/haiwan sangat banyak digunakan.

Tapi, ada yang boleh makan. Halal insha-Allah.

Plan ke Jepun untuk melancong?

Diyana