Khamis, 21 Mac 2013

Hijrah: Jepun dan Karipap

Dengan nama Allah...


Huk aloh. Sibuk weh. Dok caye sudoh!

Ehe. :p


Sedapnya kalau dapat makan karipap. Eh...???

Alhamdulillah, sudah menginjak ke angka 3. Tiga bulan menetap di Jepun. Susah senang semuanya daripada Allah dan kerana Allah. Saya gembira.

Insha-Allah, mula bulan ke-empat ini saya akan hidup di rumah baru. Permulaan baru (lagi). Ingat senang? Bismillah...

Saya tiba-tiba teringat kisah karipap dan LCCT.


....

Hari itu pagi-pagi lagi emosi dah kacau bilau. Hari Jumaat yang penuh emosional. Sebab saya bakal tinggalkan tanah pusaka untuk berhijrah ke tanah ini, bumi yang dah mula beri lampu hijau pada bunga-bunga sakura untuk menunjukkan diri.

Masih ada persiapan yang belum lengkap, saya cuba bertenang dan uruskan sebaik mungkin. Kali ini, bukan lagi persiapan yang biasa-biasa bila mahu pergi jalan-jalan satu Malaysia. Takkan ada istilah 'boleh balik rumah ambil barang' atau 'boleh beli je kat mana-mana'. Kali ini, saya sendiri tak tahu apa yang akan saya tempuhi. Perasaannya berdebar campur teruja. Takut pun ada. Dan sayu.

Oleh sebab saya terlalu sibuk bersiap-siap, saya lupa akan tiga ekor budak gemuk yang sedang melepak entah di bawah sofa atau atas katil ibu ayah. Hari-hari sebelumnya saya sudah niat akan bertegur-sapa dengan mereka dulu sebelum berangkat. Dan bayang tiga ekor budak tu pun saya tak nampak.

Ayah adalah orang paling tenang hari itu. Macam biasa. Ayah ada satu sifat luar biasa yang dapat memahami isi hati anak-anak dan selalu cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan. Saya tahu ayah tahu emosi saya sungguh tak stabil, ayah langsung tak beri tekanan malah memudahkan segala persiapan saya. Ibu, bersikap seperti kebanyakan ibu-ibu, cuba menyiapkan macam-macam untuk saya. Termasuk sambal ikan bilis dan serunding untuk saya sumbatkan ke dalam bagasi. Alahai rindunya masakan ibu!

Bila semua barang sudah siap, siap mandi dan siap berpakaian, saya turun ke bawah dengan tenang. Kononnya.

Ada karipap di atas meja saya sebelum saya keluar, tentu saja ayah yang letakkan sebab ayah tahu saya tak sempat isi perut. Siap berbungkus dengan tisu dan plastik. Saya cepat-cepat masukkan ke dalam beg yang sahabat-sahabat hadiahkan khas untuk saya, lalu turun ke bawah. Dengan niat, karipap terakhir di tanah pusaka akan saya nikmati dalam kereta semasa perjalanan nanti.

Adik-beradik semua ikut sama. Buat saya lebih-lebih beremosi. Sebab saya tahu walaupun kadang-kadang kami bertelagah, bermanja dan bermasam muka, saya tentu akan rindukan mereka. Alahai...

Saya tak lepaskan pandangan mata ke arah syurga dunia saya bila kereta mula meninggalkan perkarangan rumah. Sehingga saya tak nampak lagi hujung atapnya. Dan saya minta maaf dalam hati pada budak-budak gemuk yang tak sempat saya bye-bye. Budak-budak, tolong du'akan ye. Saya bayangkan mereka jawab "Meow ow ow~" tanda OK.

Sempat saya minta ayah singgah ke bank, sebab masih ada satu kad ATM yang belum saya aktifkan untuk kegunaan di luar negara. Adik-beradik yang lain naik kereta satu lagi. Saya hanya bersama ibu dan ayah.

Kemudian mulalah kisah itu....

Saya buka beg dan ambil karipap yang digoreng ibu. Perlahan-lahan suap ke mulut.

Sambil kunyah, satu per satu air mata saya menitik. Betapa saya akan rindukan karipap sesedap ini. Saya cuba cover line, tak mahu ayah nampak dari cermin pandang belakang kereta. Dan cuba menangis tanpa sedu-sedan. Tapi... Rasanya ibu ayah pun tahu sebab mereka pun tak banyak cakap dalam perjalanan.

Saya mula kenang macam-macam. Rumah yang saya dah tinggalkan. Kucing busuk yang saya dah tinggalkan. Sahabat-sahabat baik yang saya dah tinggalkan. Keluarga yang bakal saya tinggalkan. Kehidupan di tanah pusaka yang saya bakal tinggalkan. Macam-macam second thoughts yang datang...

"Betul ke apa aku buat ni?"

"Biar betul aku nak pergi Jepun ni?"

"Boleh ke aku duk seorang di Jepun ni?"

"Macam mana kalau susah sangat nanti?"

"Cukup ke duit aku ni?"

"Tak apa ke tinggalkan ibu ayah ni?"

Dan lagi.

Allahu Allah.

Perjalanan itulah antara perjalanan paling beremosi buat saya.
Sebab saya sendiri belum tahu bila saya akan kembali ke tanah pusaka saya.
Dan adakah saya akan kembali dalam keadaan bernyawa atau sudah ke alam yang satu lagi?


Dan saya kunyah karipap lagi....

Bila saya mula nampak bayang-bayang LCCT, saya tarik nafas panjang-panjang dan senyum lebar-lebar.

"Okay, this is it!"

Biiznillah!

Dan Alhamdulillah. Karipap dah habis.

(Sampai sekarang belum merasa karipap lagi!)

....

Hello sakura! Selamat datang!

Spring is here. Masha-Allah!

Ahad, 10 Februari 2013

Japan Unlimited: TEASER



Dengan nama Allah...

Assalamualaikum wa rahmatullah!

Minta maaf sibuk sekali dong!

Nah. Sila tonton yang ini dulu. Teaser lah konon... Enjoy!


Khamis, 17 Januari 2013

Made in Japan - Travelog?

Dengan nama Allah...


Ahai.

Ohoi.

Banyaknya request untuk buat travelog???

Alahai.

Perlu ke perlu ke perlu ke...
[ ayat memberontak! ]

Ya, tahu. Saya dah janji.

Walaupun sehari sepotong ayat.

Insha-Allah.

Saya dah janji untuk berkongsi. Okey. Aman. Tanpa perang. ^_^


Esok ada test (lagi)!

Jadi... Lepas test saya post lagi ya?




Hahahahahahahaha.

Tata!

Selasa, 8 Januari 2013

Hijrah: Jepun - Ready? Set. GO! #1

Dengan nama Allah...


Alhamdulillah.

Pertama, kamu yang membaca perlu tahu bahawa saya hanya mahu berkongsi pengalaman dan ilmu yang telah-sedang-akan Allah berikan kepada saya. Mohon du'a semua untuk menjauhkan saya dari segala macam penyakit hati yang ada.

Ke-dua, mohon teguran penuh hikmah kiranya saya telah-sedang melanggar batasan seorang Muslim sepanjang perkongsian saya. Adalah lebih baik kiranya meng-email atau meng-privatemessage saya kerana saya seorang manusia biasa yang bisa kecil hati jika ditegur terlalu direct dan keras. Hati rapuh. Perempuan Melayu biasa-biasa, kan? Ehe.

Saya bercita-cita untuk membantu, kiranya ada sahabat-sahabat di luar sana yang bercita-cita untuk datang ke Jepun. Saya masih baru di sini dan masih banyak yang perlu saya belajar tetapi sebagai seorang Muslim, saya sedang mendepakan tangan seluas yang boleh untuk membantu dan menyambut anda semuaaaaaaa~ Sepanjang persiapan saya untuk datang ke sini, saya tidak banyak dibantu oleh orang-orang Melayu-Islam-Malaysia. Jadi, saya berazam untuk membantu orang lain yang memerlukan kerana saya tahu betapa tak-best-langsung perasaan tidak dibantu dan di-buatbodoh-kan oleh orang-orang yang 'se-spesis' dengan kita (yang sepatutnya lebih banyak membantu!). Maaf kata, bangsa Jepun yang tidak beragama lebih bersungguh membantu saya (dan foreigners yang lain!) berbanding orang Melayu kita sendiri. Hoh. Tutup cerita ni. Terguris tau! Haha

Tapi... Terima kaseh bagi yang membantu! Saya balas dengan du'a! ^_^

Saya akan mencampurkan bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun. Jadi, saya harap tidak ada isu di sini. Memang saya pencinta bahasa Melayu, tapi saya juga mahu berlatih menulis dan bercakap dalam bahasa lain. Sekian, memaklumkan.

Yoshi! 

Feel free to ask, if you need to. I'll help in whatever possible way I can. E-mail me! nanaisseven@gmail.com

Nota: Saya seorang pelajar dan bakal bekerja, jadi ada masanya saya perlukan lebih masa untuk membalas segala surat-menyurat. Harap bersabar menunggu saya memberi respon positif dengan senyuman.


Jadi, ayuh kita mulakan perjalanan sebuah perkongsian, lillahitaala! ^_^



So, what do you need to come to Japan?

First, be clear of your goal!

Why do you want to come (I mean, go...) to Japan?

1 - Jalan-jalan?
2 - Belajar?
3 - Kerja?
4 - Melawat saudara-mara atau kawan-kawan?
5 - Ada suami/isteri/ sebagai anak warganegara Jepun?

Banyak info boleh didapati di sini. You just have to read. Baca! Jangan malas. Orang Jepun rajin-rajin belaka! Hehe. Lepas baca, boleh tengok kelayakan masing-masing. Sila klik 'Visiting Japan'.

Kalau jalan-jalan makan angin, lebih mudah berbanding proses lain.

Visa melancong ke Jepun?
Agak complicated berbanding negara lain. Ya, sila tabahkan diri.

Boleh baca details di laman web embassy. Ada semuanya. Lengkap. Kalau terasa malas juga, sila cari agen yang boleh membantu. (Dan bayar agen tersebut!)

Biasanya, perlukan:

1 - Bank statement

Orang selalu pening bab yang ini. Ya, perlu print out bank statement dalam tempoh 3 bulan sebelum penerbangan. Kalau nak pergi bulan April tapi guna statement bulan November/Disember (sebab masa tu tengah kaya bonus baru masuk), adalah tidak diterima. Jumlah? Haa yang ini agak tricky. Sebab semua terpulang kepada rezeki masing-masing. Nasihat saya, RM10,000. Sebab, ada sahabat-sahabat saya yang hanya letak RM6,000 dan selamat terima visa. Ada yang letak RM8,000 dan gagal mendapatkan visa. Jadi, jangan kalut-kalut. Ikhtiarkan RM10,000 hanya untuk print statement and you'll be okay insha-Allah.

2 - Gambar passport

Tak sama dengan Malaysian standard. Untuk visa Jepun, perlu background putih dan segi empat sama 4.5cm x4.5cm. Boleh tengok details pada website embassy. Selalunya mereka hanya mahu 1. Tapi lebihkan saja, tak salahkan? 4 at least!

3 - Surat pengesahan jawatan kerja

Jepun nak pastikan orang yang mahu masuk ke Jepun akan cukup makan pakai segala bagai. Dan mereka tak mahu pendatang asing susahkan mereka bila duit habis. Sebab itu biasanya mereka mahu surat ini dari majikan/syarikat supaya mereka tahu kita mempunyai kerja tetap dan GAJI bulanan. Yes, no money no talk! Untuk pelajar/tak bekerja, ada cara untuk memohon visa. Boleh guna sponsor/guarantor iaitu para ibu bapa yang tugas mereka memberi nafkah kepada anak-anak. Atau explain bagaimana anda akan menanggung diri sendiri sepanjang perjalanan ke/di Jepun (Contoh: saya menabung sejak kecil jadi sila tengok bank statement saya kalau tak percaya!). Sila rujuk laman web embassy! ^_^

4 - Itinerary

Kalau nak jalan-jalan, mesti ada planning. Tak payah kalut sangat, sila copy-paste daripada internet. Ya, saya bagi contoh yang tidak baik ni. Minta maaf ya. Itu jalan termudah, kalau kamu orang rasa susah nak buat perancangan sendiri. Mereka tak akan check satu persatu nama tempat tinggal dan sebagainya. Tapi, mereka mahukan itinerary ini. Jadi, sila pastikan bila copy-paste, anda bijak memainkan peranan. Pastikan tarikhnya betul. Dan pastikan kalau bakal mendarat di Tokyo, perjalanan bermula dari Tokyo. Sila jangan buat kelakar dengan orang Jepun dengan memulakan perjalanan di Kansai (Osaka misalnya) sedangkan anda mendarat di Tokyo. Kalau anda merancang untuk mendarat di Tokyo dan terus ke Kansai, sila nyatakan info perjalanan ini dalam itinerary. (But why would you land in Tokyo and go to Kansai from Tokyo? Such a waste!). Dan pastikan nama tempat tinggal anda itu di tempat yang betul. Lawak bodoh dalam hal ini bakal menjejaskan peluang anda mendapatkan visa.

5 - Passport

Basic. Tak ada passport, berdiri depan pintu berlepas lapangan terbang saja, okey? Ehe.

6 - Borang permohonan visa

Boleh download dari website. Atau ke kedutaan. Atau minta daripada agen.


Aci ke, kalau saya berhenti di sini dulu?

Ah. Aci tak aci saya perlu belajar sekarang!


Ada soalan atau, dah rindukan saya? Boleh e-mail segera atau PM di facebook atau Skype/Whatsapp/Line.


Tulis surat pun boleh. I love snail mail! Let me know if you need my home address here in Japan. Especially if you want to send me some Malaysian food and all, I'll be glad to give you my address! Haha

Ja, mata ne?

Insha-Allah.

P/S: Malas post gambar. Sila sabar. ^_^

Selasa, 1 Januari 2013

Hijrah Tahun Baru 2013

Dengan nama Allah...

Alhamdulillah.

Tahun baru masihi 2013 dimulakan di tempat baru.

Terlalu baru.

Alhamdulillah!

Sejuk. Dan saya malu sendiri. Berbaju tebal tapi Allahu Allah banyak sangat rungutannya! Bayangkan saudara-saudara kita di sana? Syria? Tak sejuk?

Saya semakin menghargai kepanasan Tanah Pusaka.

Manusia, kan? Susah bersyukur bila ada. Sibuk mahu bila tak ada...



Akan sambung cerita penghijrahan lagi nanti insha-Allah!

Alhamdulillah, secara rasmi berada di....

Jepun.

Sedang menikmati saat SEKARANG!

Du'akan?