Dengan nama Allah...
I think I might need a break, seriously!
Itulah kan... Kadang bila terasa nak berputus asa, mesti rasa nak lari jauh-jauh duduk sendiri-sendiri pergi lama-lama.
Bila rasa penat, bosan, jenuh, jemu, letih, benci, ini itu, mesti rasa nak pergi ke tempat yang orang tak kenal, tak peduli dan tak tahu.
Rasa nak masuk hutan. Panjat gunung. Masuk gua. Terjun sungai. Asalkan tak ada orang lain.
Tempoh hari bila saya tersuarakan rasa terkilan saya tentang sesuatu kepada seseorang, seseorang itu bilang; "It simply proved that you're normal. Engkau orang normal macam orang lain rupanya!" <---Entah ini sarcasm atau kenyataan yang beliau mahu saya cepat sedar?
Dan orang normal macam saya, selalu terasa nak lari daripada masalah. Benar? Jangan tipu! Mana ada yang cabar masalah sendiri dengan menjerit sekuat hati "Bring it on!"
For at least a second or two, deep inside of us will say "Ya Allah...."
Itu tanda kehambaan kita.
(Atau mungkin bagi yang kurang peduli dengan istilah kehambaan, akan simply mencarut bila masalah muncul depan mata.)
Persoalannya sampai bila kita ni nak main lari-lari?
Soalan lebih tepat lagi, sampai bila saya ni nak main lari-lari?

Nak pergi mana?
Allah ada depan mata. Di mana saja. Yang patut saya buat ialah berlari ke arah-Nya. Sampai bila-bila. Sampai mati. Sampai hidup semula nanti.
Dan semoga Dia, mengurniakan dia, yang sudi mendengar. Sebagaimana saya mahu didengari, saya juga sudi mendengar dia. Kalau kamu adalah dia, khabarkan pada saya.
0 ulasan:
Catat Ulasan