Isnin, 19 Disember 2011

Kacak bergaya yang cool!

Dengan nama Allah...


Saya seorang perempuan Melayu-Islam yang akan bergetar jiwa melihat seorang lelaki Melayu-Islam dalam persalinan baju Melayunya, siap bersongkok bersampin dengan capalnya. Dan seorang lelaki berjubah berketayap, bersongkok atau berserban menuju ke masjid. Apatah pula jiwa warnanya putih.

Saya mudah terpesona.

Kerana jiwa Melayu yang biasa-biasa ini, saya menganggap lelaki yang begini lelaki yang paling segak.

Saya juga seorang perempuan Melayu-Islam yang akan bergetar jiwa melihat seorang lelaki Melayu-Islam yang menangis pada suatu saat yang perlu. Seperti ketika harus meninggalkan ibunya atau keluarganya, atau ketika bertemu seorang sahabat yang dikasihinya.

Saya mudah terpesona.

Kerana jiwa Melayu yang biasa-biasa ini, saya menganggap lelaki yang begini lelaki yang paling gentleman.


Tetapi kemudiannya saya tiba untuk miqat di Bir Ali dari Madinah Al-Munawwarah, saya melihat satu lagi kesegakan lelaki.

Masha-Allah, bergetar jiwa saya!

Apabila tiba di Makkah, pemandangan paling indah pernah saya saksikan adalah Kaabah, sebuah kotak hitam yang ajaib. (Baca: Metafora) Dan yang ke-dua adalah apabila seorang lelaki yang segak berihram sedang merenung Kaabah dan mengalirkan air mata.


Allahu Allah...

Seorang lelaki terutamanya jika dia seorang Melayu, berpakaian ihram yang sebenarnya sekadar dua kain putih tidak berjahit, kelihatan sangat segak dan kacak bergaya di mata saya!

Dan apabila dia mendirikan solat serta berdu'a menghadap Kaabah sambil menitiskan air mata, dia seorang lelaki sejati di mata saya!


A true gentleman, indeed.

Moga saya bertemu yang segak dan yang sejati itu nanti. Amiin.

0 ulasan: